Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 12 November 2011

terer

terer di sini bukanlah bermaksud seperti terrorist dan yang seangkatan dengannya. tapi bermaksud terer (?). - cakap jangan lah belit sangat, fatin.
kalau kat uni, sebab tak ada kereta sendiri seperti orang lain yang bawak kereta yang mampu pergi ke mana-mana pun senang tanpa sewa kereta, so aku kena sewa kereta. lebih murah la kiranya kalau nak compare kalau naik prebet.
kereta sewa - 1jam rm5. boleh pergi banyak-banyak tempat.
prebet - sekali panggil rm15 biasanya. hanya 1 way
terdapat jurang perbezaan yang nyata di situ ya.

so satu hari ni, aku sewa kereta pergi cari-cari barang sikit. balik tu, time hantar kereta, tetiba pakcik tu cakap,

pakcik : laju awak bawak kereta eh.
aku : hah? (dalam hati dah cuak ni takut kena marah)
pakcik : tak.. tadi pakcik pergi bandar ada nampak awak bawak kereta. lancar je. boleh kata terer lah awak bawak. jalan nak masuk parking tadi pun awak boleh masuk.
aku : ohhh. heheheh (padahal dalam hati dah kembang berapa mangkuk entah. sebab dah kembang sangat kann. :P)

kalau ibu, selalu bebel kat aku time drive sebab ibu kata aku bawak laju. 90km/j je kot. laju apa nya. maybe sebab ibu pun dah berumur kot. so semua macam kena hati-hati. nak jaga-jaga semua. tapi kang kalau bawak slow kanggg, ngantuk. so laju tetap laju, kang agak-agak ibu dah nak start bukak mulut, slow lah sikit. tapi nampaknya sekarang, ibu lebih banyak TERtidur dari bukak mulut. so kalau nak bawak laju sikit tu kiranya macam tak ada hal sangat lah. ngeh ngeh.

sebut pasal laju, teringat time mula-mula dapat lesen dulu. stail ibu, ibu kurang nak bagi kitorang drive sangat bila baru-baru dapat lesen. kalau bagi pun, yang dekat-dekat je contoh pergi kedai ke, pasar ke.. gitu. sebab takut lah jadik pape time kitorang drive tu, sebab time tu eksaited dapat lesen kann.

nak dijadikan cerita, lepas dah dapat lesen semua, aku join nasyid untuk satu persatuan ni. tengah cuti spm kann. elok jugak kalau join aktiviti-aktiviti macam tu. perasan suara sendiri sedap satu hal. dah practise semua, masuk pertandingan semua, team nasyid kitorang menang. dan penyampaian hadiah tu buat kat pulau wan man. kalau dari tempat aku nak pergi sana busuk-busuk pun ada lah dalam 2 jam jugak. kitorang pergi banyak-banyak kereta lah sebab semua pun pergi kan. aku pun naik lah kereta akak ni. kitorang gerak time tu dah lepas maghrib kalau tak silap. sampai-sampai sana, bagi hadiah semua ada lah persembahan lain-lain semua, lepas tu dalam pukul12 macam tu, kitorang gerak balik. singgah-singgah makan dulu, then baru betul-betul balik.

time nak balik lepas makan tu, tetiba akak tu cakap, eh fatin awak drive lah. akak nak gayut dengan boifrengg. (time tu zaman hotlink rm2 boleh cakap sampai pagi) aku ni apa lagi. kalau kat rumah bukan selalu ada peluang macam ni. tapi memula tu ala memalu kucing lah jugak, tolak-tolak ayam. mulut kata taknak taknak tapi dalam hati pehh menggeletiks nak. tapi sebab keta akak tu pun manual kan, nak bawak pun macam tak yakin. so aku cakap lah kat akak tu, aku tak konfiden sangat-sangat bawak manual. sebab time test ngan JPJ dulu pun aku hampir hampirrrrr kandas kat jalan raya. fuh, selamat 60hengget haku. dan akak tu dengan gambel nya cakap, tak pe nanti awak tekan clutch, saya tukar gear. pehh, akak tu pun sanggup. nak gayut dengan boifreng punya pasal kann. (untunglaa ada boifrennn.:P)

so aku pun seperti yang diperkatakan tadi, bila akak tu cakap tekan clutch, aku tekan dan dia tukar gear. macam tu la sampai dah nak sampai rumah pun. laju tu jangan cakap lah. 120km/j je tapi. tapi still laju lah bagi aku yang first time bawak keta ni time tu. tetiba tengah syok syok drive, ibu call, mau menggelupur nak angkat. aku tak de pilihan, aku suruh akak tu jawab. ibu tau je aku tengah drive, terus mintak aku tukar. mulut memang lah kata haa ok ok tukar lah ni tukar. tapi tak de de. peluang macam tu, takkan nak lepaskan?

so speed maintain 120km/j, sampai lah kat traffic light nak u turn balik rumah aku ni, tetiba sekumpulan lembu ada banyak-banyak pukul 2 okk. lembu sape entah. dan sebab time tu aku tengah laju disertakan jugak dengan lembu yang banyak itu, aku pun telah brake dan tekan clutch serentak dah sampai terangkat vontot okk, harapannya dapat mengelakkan kereta daripada melanggar lembu-lembu tersebut. namun harapan tinggal harapan lalu aku terlanggar jugak sekor lembu ni. tapi tang kepala je la. tak kuat mana pun cuma lembu tu terteleng la sikit. dan serentak dengan itu jugak, kereta termati. nama aku nak turun pergi check kereta? tak laaaaa. start enjin balik tak dapat. banyak kali start pun tak dapat. tapi akak tu still boleh relax, dia cakap alaaa relax laa. tak pe.. tenang slow slow. aku ni dah gelabah tak hingat dah ni. sorry pun banyak kali dah tak berhenti. last last boleh start. fuhh, sepanjang jalan nak balik rumah tu aku dalam hati punya lah cuak mintak-mintak kereta tak kemek ke apa ke.

sampai je rumah first thing first aku check kereta dulu. fuhh, nasib baik okk keta tu tak de pape. kalau kemek? mane haku nak cari duit nak ganti????? tapi salute lah akak tu, siap boleh gelak-gelak lagi. kesian lah jugak kat orang yang duduk seat belakang, memang pening habis aku rasa. dah time selekoh pun aku tak brake. laju plak tu. haha. lepas bagitau ibu, hambiiikk. nasib baik dah pukul 2 lebih, tenaga nak bebel tu nak kurang. :P

kenangan tu antara kenangan yang aku tak boleh lupa. serius. bila dikenang-kenang macam ni, memang ah lawak. tapi kalau time kejadian tu, cuak ada lah.

aku dah pernah langgar lembu. anda bila lagi? (sila lah tampo aku sekarang. :P)



psssst : test test test. aaaaaaaaaa. banyak lagi tak baca.

pssst psssst : agak-agak kalau aku stay kat rumah untuk minggu ni je pun tak pe kan?

Tiada ulasan: