Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 1 November 2011

hajah-to-be

lagi dua hari nak balik. lagi 4 hari nak sambut raya haji. raya haji tahun ni will not be the same as previous years due to some reasons yang memang tak boleh nak elak. nop, bukan sebab ibu pergi haji. tapi sebab alasan lain. (dey, beria nak berahsia. :P) dulu time ibu pergi haji time tahun 2005, first time lah tu raya tanpa orang tua. tapi sayangnya, aku dah lupa macam mana. yang aku ingat, aku ada buat kerja gila. esok nak raya haji, aku baru sampai rumah dari kelantan. like seriously, memang kerja gila. budak-budak baru nak up. ehh. :P

tapi bila cakap pasal mekah, rindu nak pergi sana lagi. time tu buat umrah je. dan tak berapa nak matang lagi time tu. dan bila tengok kawan-kawan pergi sana, hati rasa macam naakkk sangat pergi sana lagi. even tak pergi for haj pun, umrah pun takpe. tapi buat masa sekarang hanya mampu berdoa, moga smurah rezeki dan dapat pergi sana lagi satu hari nanti. amiin. :')

ibu pergi sana time akhir taun 2006. dan sepatutnya aku pergi sekali. ibu ajak pergi sekali buat teman jugak. mula-mula aku macam eksaited la jugak nak pergi. then pergi daftar haji semua. tapi tiba-tiba taknak pergi bila dapat surat dapat tempat untuk pergi haji. time tu awal tahun 2006 lah kiranya. ke akhir tahun 2005. either 1 lah sebab lupa dah. tapi macam mana entah lepas dapat surat tu, tiba-tiba aku taknak pergi. konon sebab takut ketinggalan belajar for spm. rasa macam budus sangat. padahal time spm pun tak dapat stret A1 gak. zzzzzzzzzzzz. bila ingat balik, rasa menyesal sangat sebab peluang dah ada. tapi dilepaskan macam tu je. tapi bila fikir-fikir balik, tapi ada hikmah di sebaliknya. kan time tu aku kat asrama. tak pergi kursus haji semua. Allah tau yang aku belum fully prepared nak pergi tunaikan rukun Islam ke 5. insyaAllah, suatu hari nanti, ada rezeki, pegi jugak sana. insyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan doa aku. amin cepat!

aaa. tetiba terbantut tak tau nak tulis apa bila teringat dosa-dosa lalu. bila teringat zaman jahiliah dulu-dulu.

aaa, perut jangan lah sakit. lagi-lagi time sejuk macam ni.

remind to myself: Jangan sesekali menyesal. Jika ianya baik, itu adalah rahmat Tuhan. Jika ianya buruk, itu adalah pengalaman. - HamiAsraff



pssst : lepas cuti raya haji nanti banyak gila benda nak setel. test berlambak. kuiz beratur. aaaaaaaaaaaa. baiklah fatin, sila STUDY SEKaRANG.

pssst psssst : semoga hari esok lebih baik dari hari ini. dan semoga saya jadi muslimah yang lebih baik dari hari ke sehari. please, ya Allah.

psssst psssst pssst : dan hello kedah, perlis, unimap, cameron, johor, penang, lojing for field trip! semua tu adalah lepas raya haji juga, maka setiap weekend saya adalah outstation. zzzzzzzzzzzzzz.

psssst psssst pssst pssst : i'm addicted to gym now.

errrr, banyak lah pulak pssst nya. :P

okbai.

Tiada ulasan: