Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 8 November 2011

cantik

cantik itu subjektif. semestinya. 
ada yang nampak kurus kering sangat-sangat itu cantik, ada yang nampak sebaliknya.
ada yang nampak gelap itu cantik, ada yang nampak cerah tu pulak yang cantik.
ada yang nampak laki rambut panjang itu hengseng, ada yang nampak sebaliknya.
ada yang nampak perempuan pakai baju kurung tu sexy, eh sexy tang mana nya?
ada yang nampak orang pakai make up cantik, ada yang nampak aku cun. eh?

apa yang dikatakan kat sini, cantik tu subjektif. pandangan mata setiap orang berbeza. taste lain-lain. kalau sama je taste semua, tak ke naya? contoh lah kan, kalau semua orang pun meletakkan sesuatu yang cantik tu hanya pada aku. contoh laaa. tak payah la nak mencebik sangat. :P. kang tak pasal-pasal semua pun nak berebut aku. tak semestinya kalau kau nampak aku cantik-anggun-cun (haha. matiklaaaa puji diri sendiri :P), orang lain pun nampak yang sama. ada orang nampak aku sebaliknya. macam tu jugak, kalau kau nampak dia tak berapa  nak cantik macam yang kau idam-idamkan, tak semestinya orang akan nampak yang sama. ada orang nampak dia cantik.

Allah ciptakan semua cantik. cuma kang kita pulak yang menilai macam mana. cantik ke, tak cantik ke, busuk ke.. sebab apa? sebab cantik tu subjektif, tak sama dari sudut pandangan setiap manusia. dan tiba-tiba aku terfikir. siapa lah kita ni nak mempertikaikan itu ini. lagi-lagi ciptaan Allah? setiap yang ada, terdapat hikmahnya. macam masaelah. walau perit mana pun, walau busuk mana pun dugaan tu, akan ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.(motivasi untuk diri sendiri)

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia - MyIslam

ya, saya sedar saya sudah mengembang dengan jayanya.
maka sekarang saya sedang berusaha untuk kurus kembali. 
*tetiba*


psssst : ramai yang tegur kepulangan aku kali ini membawa sedikit isi yang berlebihan. baiklah selepas ini akan dibuang kembali. =.='

pssstt psssssst : hati tolong jangan berputus asa, stay strong and remember, Allah is always there for u. 



Tiada ulasan: