Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

masuk ni dah berapa kali ibu suruh aku packing baju (hai ibu, macam halau jek? :P), tapi dari tadi mood nak packing baju barang semua macam tak ada. yang ada hanyalah rasa macam nak buat benda lain selain packing. contoh macam... err, nak aku kasi contoh ke? :P
ni feeling nak balik hostel pun sikit pun tak ada. rasa macam nak stay kat rumah je. taknak balik sana, boleh? boleh blah. penat tadi pergi wedding kawan sekolah rendah pun belum hilang lagi. nampak gayanya, berdasarkan tarikh yang agak kelihatan cantik berbanding tarikh-tarikh sebelumnya ni menjadi pilihan ramai untuk kawin. ok, maka tahun depan kemungkinan untuk bayi-bayi comel melihat dunia juga adalah agak tinggi nampaknya. hiks.

tahniah along. i'm happy for u. :)

along salah sorang dari kawan rapat lah kiranya time sekolah rendah dulu. dulu kan aku time darjah 5 baru masuk sekolah biasa. so tak kenal ramai kawan sangat. kalau ada pun, kawan sekelas dengan pernah sekelas, kawan-kawan pernah sekerja, dan juga jiran tetangga gituu. lepas tu bila sekarang kalau terserempak dengan siapa-siapa ke, lalu ditanya kenal tak si polan anak si polan ni? lalala. memang lah saya tidak kenal ye. melainkan kalau tengok muka ke, insyaAllah la ada kenal sikit-sikit. sikit-sikit tu as in pernah terserempak ke apa ke. kadang sedih la jugak kat diri sendiri bila time raya kureng kawan nak beraya. sobs.

rasa macam tak percaya along dah kawin. padahal time sekolah dulu gosip sama-sama, nganjing budak laki manja dalam kelas sampai nangis sama-sama, makan sama-sama. lepas tu macam mana ntah, time sekolah menengah gaduh pasal benda kecik, terus lost contact sampai awal tahun ni kalau tak silap. well, budak-budak kataaa. bila ingat balik termalu sendiri. tapi tu semua kenangan dan pengalaman yang boleh mematangkan dan mendewasakan. :)

dan setelah ditapis-tapis dilihat-lihat, gambat ini je paling elok sikit. 
yang lain-lain semua buat aku nampak gemuk. aaaaa. 
harap-harap gambar aku dalam kamera photographer elok lah sikit hendaknya. -_-"

akhir kata, selamat pengantin baru nor shazlida zainudin dan pasangan. semoga bahagia dan kekal hingga ke anak cucu. dan tidak lupa juga kepada semua pengantin yang kawin hari ni, selamat pengantin baru. :)


pssst : malasnya nak packing..... taknak balik sana, boleh? sebab malas. malas, PLEASE GO AWAY. 


Tiada ulasan: