Rabu, 5 Oktober 2011

yang disangka itu indah, rupanya..

berada dalam kondisi yag tiada talian internet kini memang payah. (ayat dah macam nak jawab soalan esei). though belog ini kaedahnya hanya syok sendiri yang lebih membawa maksud sendiri tulis sendiri karang sendiri baca, namun tidak mengapa. masuk bakul angkat sendiri itu perlu kadang kala, nanti diri sendiri rasa tak konfiden pula. namun jangan lah sampai membawa sikap bongkak yang merasa diri itu terlalu cun. (peh, kenapa aku rasa ayat ini seakan-akan melempang diriku sendiri?)

told ya before, at the previous paragraph, tak ada internet tak boleh nak online rasa macam loser pun ada kadang-kadang. aku lah tapi. kalau orang lain aku tak tau. sebab kebanyakan assignment, bila buat mesti nak kena cari source kat certain websites jugak. lagi-lagi jenis aku yang bila tak faham term pape, nak kena search image then baru lebih mudah nak faham. gitu. lalu sekarang, boleh lah menyalahkan wi-fi yang seakan hidup segan mati tak mahu, apabila assignments tidak siap. (wakluu)

sejak tidak mampu untuk ber-online ini, malamku sering tidur awal. baguslah, cukup tidur. tapi apakan daya, siang pun sama bila tak ada kelas, mata seakan me-layu. lalu katil seakan memanggil. lalu tidurlah si puteri di siang hari. (apakah yang sedang direpekkan ini?)

lately, there's so much things to think of, to take care of, etc. cuma  apa yang aku cuba yakinkan sekarang, Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya.

dan, sekarang.
setelah laptop ini tiba-tiba mati sendiri untuk kedua kali nya, lalu mood untuk aku ber-karang bercakap seoarang dalam hati adalah kembali pudar. kan senang kalau laptop ni boleh bercakap, apa masalah laptop sebenarnya then senang lah aku nak pegi repair. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.



maka sekarang adalah lebih baik aku shut down terlebih dahulu sebelum laptop ini off sendiri.

psssst : ini baru berniat nak pakai galaxy tab. belum lagi berniat nak beli laptop baru. (pehh, bunyi macam ada banyak duit. takpe berangan tak perlu bayar. free. :P)

psssst psssst : nak kurus pleaseeee. tapi malam ni pergi makan chimcham yey! (macam mana nak kurus kekdahnya kalau nafsu makan pun macam @#$%^^&***)

Tiada ulasan: