Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 6 Oktober 2011

tenang

kenapa lah wahai jantung berdebar tak tentu hala? 
kenapa lah wahai jangtung berdegup laju melebihi waktu biasa?
bila lah wahai jantung mahu berhenti berdegup laju tak menentu ini lalu lebih menenangkan jiwa?

kenapa entah hari ni tiba-tiba hati macam tak tenang, berdegup nak laju aje. positively ok lah kot darah oksigen cepat sikit sampai kat sel sel yang memerlukan. (??) tapi bila hati tak tenang ni susah sikit kan. nak buat apa pun tak kena. itu tak kena, ini tak kena. nak fokus pun lagi lah tak boleh. gelabah la jugak sikit-sikit. tapi itu lah, selagi boleh control, control lah. tapi nak control tu kadang-kadang di luar kawalan. kadang nak buat ini, tersasul buat itu. kadang nak cakap ini, tersyasyul nak buat itu. see, dah tersasul. 

rimas kadang bila hati tak tenang ni. rimas bila tiba-tiba rasa lapar. rimas bila kadang-kadang mood jadi tak menentu. rimas bila berbelanja ikut hawa nafsu yang akhirnya mengundang poket kekeringan duit. kalau poket kering tak apa lagi, kalau dalam akaun bank pun kering, haaa cane? itu kita fikirkan kemudian tang macam mana nak setelkan masalah. 

tapi aku rasa aku tau kenapa hati tiba-tiba jadi macam ni. 

1. minum nescafe
aku tak tau lah orang lain macam mana. tapi aku yang jenis jarang minum nescafe untuk masa sekarang ni, bila minum nescafe setelah lama tak minum, akan jadi macam ni lah. jantung macam berdebar je. tapi ang paling obvious rasa macam cirit. yang ini serius punya. macam hari tu, aku minum nescafe, 2 hari kemudian macam tu, waktu breakfast kat luar aku minum nescafe lagi. konon nak tahan mata tak nak kasi mengantuk la sebab minggu pertama balik hostel macam tu, aku macam tak boleh nak tidur. mungkin still dalam proses adaptation lagi. dan disebabkan konon itu lah, aku tercirit birit baik punya. lagi baik punya bila time tu aku kat luar cari barang-barang. tapi ada lah sikit nasib baiknya sebab dekat mall, so senang lah kiranya nak cari toilet. cuma malu lah sikit bila tiap kali pergi toilet kena lalu kedai yang sama. tapi seriussss, hazab la jugak. nikmat keluar tu macam hilang macam tu je. 

2. esok joim naturethon
naturethon ni sebenarnya macam marathon la. tapi sebab program ni under UNESCO, so ada kaitan la dengan nature. so perangai aku, bila yang berkait dengan lari-lari ni macam gelabah sikit. (sikit ke?) since sekolah lagi, kalau esoknya ada tournament pape ke, sehari sebelum tu dah start cuak berdebar segala. gelabah nak cuak kan sampai tak lena tidur okk malam tu. cuak dia macam mengalahkan orang nak exam. sampai malam sebelum nak tido letak mind set esok nak baut yang terbaik la apa la. semangat lebihh. tapi time exam tak ada lah sampai cuak macam tu sekali. nampak nau pemalas nak belajar kannn. pemalas nak belajar, lepas tu bila tengok kawan-kawan belajar overseas, terus meroyan sorang-sorang. kesian sungguh. tu laa, dulu tak nak belajar rajin-rajin. zzzz. 
same goes dengan sebab bila tiba-tiba nak berdebar ni lah. sebab esok nak ada merentas desa. kekdahnya, doakan je lah diri ini tidak semput dan dapat membawa diri ini untuk terus berlari biarpun gemuks. gemuk, yes that is. harapnya esok boleh la kurus biarpun sikit. 
dan, harapnya malam ni tak akan menjadi macam malam sebelum malam dulu-dulu lagi, mintak-mintak malam ni boleh tido.



dan semoga segalanya baik-baik saja.


pssst : hope for the plan to flow well. :)

Tiada ulasan: