Selasa, 11 Oktober 2011

angka lima

sejak sejak naturethon dapat nombor 5 ni, asyik fikir pasal lima perkara je. tak kira lah 5 perkara ke, 5 benda ke, 5 waktu ke. asalkan 5. tapi jangan lah sampai aku ni jadi pilihan ke-5 untuk dijadikan isteri. gilo ke apo. tang tu mesti lah nak jadi yang the first and the last choice ever. so far tak ada lah sanggup nak dimadukan or hidup bermadu ni. (calon pun tak ada, ini kan pulak nak fikir pasal madu madu. ape cer?)

walaupun time naturethon tu aim nak dapat nombor 1, tapi apakan daya. tak cukup kemampuan di situ. badan tak jaga, fitness hampeh, lalu cepat lah penat. lalu aim dapat nombor satu hanya lah tinggal mimpi dan anganan. tapi at least i've tried my best. dah half way sepatutnya aku dah nak stop lari, tapi tak boleh. aku pinjam semangat ibu. aku fikir, kalau ibu yang sakit even dah sampai stage 4 pun, still boleh masak untuk kitorang, still berkeras nak ambik tempahan orang nak bahulu. so kenapa aku yang sihat boleh buat kerja berat, tak ada penyakit ni tak boleh kuat semangat? atuk saudara aku dah tua okk, joging non stop pagi pagi. tiap kali join marathon, he's still among the top ten winners. padahal winners lain mostly muda belia, tapi dia yang tergolong dalam golongan emas pun boleh menang? yang penting, semangat perlu kuat. i adore my mum's punya spirit a lot. walaupun dah banyak sangat dugaan dan keperitan yang dilalui, ibu still teguh berdiri. so, all in all, sepanjang naturethon tu, walaupun hanya lah 6km je pun, tapi bagi aku 6km tu dah macam nak mintak nyawa punya lah penatttt. aku slow jog dari awal sampai lah dah dekat dengan garisan penamat tu, aku jalan sikit. dan aku harap semangat yang aku ada waktu bersukan boleh digunapakai jugak waktu aku belajar supaya aku boleh score better this sem. hopefully. amiiin.

oh, ya. kita sambung semula pada angka lima. lately, aku asyik terfikirkan;

dalam 5 tahun akan datang, apa yang aku ada dan capai?

pssst : maaf kepada emails yang tidak ter-reply. contact lens akan berjalan seperti biasa mulai minggu depan. :)

Tiada ulasan: