Ahad, 18 September 2011

tidur

antara perkara yang paling aku tidak gemar, atau lebih kepada perkara yang dibenci (?), adalah tak boleh tidur. bertukar tempat tidur, mungkin? dalam tempoh yang hampir masuk 2 minggu ni, bila dihitung kira, baru 1 malam yang betul-betul aku boleh tidur nyenyak tanpa terjaga. atau kalau nak lebih mudah faham, sleep like a baby. (hah, tak habis-habis dengan baby kau. :P)

tapi, serius. selebihnya hari-hari lain, adalah tidur yang boleh dikatakan tidur-tidur ayam sahaja. dah lah susah nak tidur, lepas tu bila dah sedap tidur tiba-tiba terjaga. kalau bila dah terjaga tapi boleh sambung tidur tu, lain lah. kira tak ada lah masalahnya. tapi kalau kekdahnya dah terjaga tapi tak boleh nak tidur dah, itu bukan sahaja masalah tapi juga menekankan jiwa. tertekan? yes, exactly.

spesis penakut macam haku, bila dah terjaga, tengok pulak keadaan sekeliling semua orang dah tidur, lepas tu keadaan gelap, tak lain dan tak bukan adalah fikiran melayang-layang tanpa arah tuju. dan semestinya kebanyakannya berkisarkan pasal h.a.n.t.u. ish, setan je semua tuh. tapi but hey, kadang bukan tu saja, kadang perkara yang tak sepatutnya fikir pun kadang terfikir. sungguh !@#$%%^. tapi itu lah, bak kata ibu, dah terjaga tengah-tengah malam tu, jangan dipersiakan waktu begitu sahaja. grab the chance to get closer to Allah. yeah, i'm not good either, tapi apa salahnya kita try berubah ke arah kebaikan. takkan selamanya nak stay dalam keadaan yang macam tu, umur kita bukan makin muda, ye tak?

You will never know the true value of the moment, until it becomes a memory.
 
 
 
 
psssst : is trying hard.

Tiada ulasan: