Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 3 September 2011

raya

diam tak diam, bising tak bising, makan tak makan, akhirnya raya tiba dan ramadhan berlalu. sedih, tapi apapun kena raikan kemenangan setelah sebulan melawan nafsu. dan akhirnya jugak, semalam last day aku kerja. sekejap saja masa berlalu sedar tak sedar rupanya cuti dah hampir habis lalu kembali lah aku ke rutin hidup yang biasa seperti mana makan tidur bangun online sekejap lalu berlepak-lepakan. oh dan tidak lupa jugak mendengar siaran radio ibu.fm. (larikssss)

how was raya korang so far? raya aku tahun ni kira pecah rekod sepanjang hidup 21 tahun ni, sebab raya first aku kerjaaa. macam mana perasaan? boring sebab tak boleh nak join pergi kutip duit raya ( dah besar pun still kutip duit raya? oh please. tapi takpe, ai belum kawin :P) tapi dalam boring-boring tu best jugak, best sebab apa eh? nak kata sebab jumpa ramai orang, mungkin ye lah jugak sebab everytime ada customer datang, kita wish selamat hari raya dengan riang gembira.

sebenarnya nak tulis pendek je tapi tiba-toba dah perenggan ke tiga kenapa nih? banyak cerita yang tak ter update tapi walau macam mana pun i'll try to update sebab this is my open diary. walau macam mana pun, aku akan view blog sendiri dulu then baru baca blog orang lain. kesian kan. :P. blog aku kenangan aku, yang simpan banyak cerita yang kadang aku lupa tapi bila baca balik terus teringat oh ada eh.

tapi apa-apa pun, belum terlambat rasanya untuk saya, fatin syahirah binti ibrahim ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, maaf andai ada silap dan salah sama ada sengaja mahupun tidak, tersinggung terhiris hati dengan kata-kata dan perbuatan saya. semoga raya kali ini lebih bererti dan membawa seribu satu makna. :)


tema tahun ni purple. sedih tak dapat nak bergambar dengan family.
tapi takpe dekat tempat kerja pun dah jadi macam family. 
:)

pssst : raya kali ni nak beraya puas-puas, since minggu depan dah nak balik u. aaaaaaaaaaaaa.

Tiada ulasan: