Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 15 September 2011

dear lappy,

dear lappy kesayangan, (memang lah kesayangan kalau dah kekdahnya ada satu ni je lappy, cuba kalau banyak? err)
sesungguhnya kenapa dengan kau hari ini?
aku try on je, tak lama lepas tu, off sendiri.
aku try on je, sempat guna sekejap, tak lama lepas tu lagi, off sendiri.
kenapa?
kau tau kan aku sekarang ni kurang $$$, tapi kenapa masih nak buat hal bikin haku pening pening memikirkan masalah kau. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. (bunyi macam selama ni $$$ bertimbun. :P)

dear lappy,
walaupun kau pernah jatuh sekali, pernah terhantuk dengan almari,
tapi itu bukan bermakna aku tidak sayangkan kau,
tapi itu sekadar atas kelalaian aku sendiri yang mana bagus juga, antibody kau akan jadi makin kuat. kan?
but please, jangan cuba menguatkan antibody kau sendiri dengan off dengan sendiri nya tanpa shut down terlebih dahulu. itu boleh mengundang sakit jantung, tahu?

dear lappy,
khidmat kau masih diperlukan saat ini, dan juga untuk jangka masa panjang,
mungkin juga sampai aku beranak pinak pun, kau masih diperlukan khidmat.
walaupun pada waktu akan datang itu, banyak lappy yang lagi canggih akan muncul.
tapi ah kau, macam tak kenal aku. aku buta gadget, takkan dah lupa?

dear lappy,
aku tau kau pundah jenuh nak ikuti celoteh aku,
baiklah ini yang last,
takkan kau sampai hati nak tengok tuan kau yang cantik ini bersedih kalau kau rosak? #larikkkkkkk



kenapa eh kalau dah on laptop, lepas tu guna sekejap, tapi tiba-tiba lappy turn off sendiri? btw, lappy ni tak guna bateri, guna direct letrik terus.

sekarang ni memang kaedahnya susah nak tido dan kenapa dalam gambar ini haku nampak kurus???
 muka je lah tapiii. :P


psssst : homesick. dan bertambah homesick bilamana tido malam selalu terganggu. hadoi, cepatlah adapt wahai badan dengan tempat tido baru ini.

Tiada ulasan: