Jumaat, 16 September 2011

balik

hari ini hari jumaat. hari jumaat banyak kedai yang tutup. hari jumaat buat saya tercari-cari mana kedai yang buka. err, i mean kedai makan. kerana saya lapar.

semalam.

semalam banyak peristiwa yang berlaku. peristiwa yang meninggalkan seribu kenangan. ok tak, seribu tu banyak sangat. kira kurangkan sikit la, seratus kenangan. tapi dalam banyak-banyak yang paling ingat, kami bertujuh naik kereta pakcik RELA tumpang pergi ke masjid. kereta, bukan MPV. 2 orang duduk seat depan, dan selebihnya duduk seat belakang. aku yang duduk seat depan berdua terimbau kembali saat saat waktu kecik dulu. tapi sekarang pun kecik lagi apa? :P
tapi itu belum lah sedih sangat. yang sedihnya, kereta pakcik tu, naik sorang, bunyi krekk, naik orang ke dua bunyi lagi, yang ketiga dan seterusnya? imagine sendiri. lagi, pintu kat seat depan tak boleh nak tutup. cuma guna penyangkut. sedih sebab terpaksa susahkan pakcik tu. aku ni tang orang tua, cepat sedih sikit. hati ni, makin lama, makin manja pulaks kekdahnya. HAHA

dan sekarang hari ini semula, aku cirit pulak. tolong lahhhh. makanan tak ada, harapkan makanan yang ada dalam perut sekarang je sebagai alas untuk tidak merasa lapar. kalau yang dalam perut sekarang ni terbuang, apa lagi yang tinggal? (eh ada ke teori macam ni? :P)


ini berenam+satu tukang tangkap gambar.

sudah lah.
sekarang saya mahu ke toilet lagi.

psssst : nak balik rumah. :(

Tiada ulasan: