Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 30 Julai 2011

zon selesa

i was about to think pasal mati lately. since banyak berlaku jenayah, kemalangan, penyakit macam-macam nowadays. timbul perasaan takut dalam diri.
takut mati dalam keadaan dosa tak terampun.
takut mati dalam keadaan masih berhutang, either kepada sesama manusia, ataupun kepada Dia yang Maha Pencipta.
takut mati dalam keadaan yang mengaibkan.
takut pasal macam-macam.

ya Allah, lindungi aku. amin. :')

satu hari tu, dalam perjalanan balik dari kolumpo lepas jumpa ustaz lukman, ibu ada pasang radio IKIM. dah lama tak dengar radio pasal agama. so time tu tengah segmen Islam pilihanku eh? lupa lah tajuk segmen tu apa, tapi yang pasti segmen tu ada jemput sorang muallaf, cerita pasal pengalaman-pengalaman dia sewaktu nak peluk Islam macam mana, macam mana dia boleh nak peluk Islam etc.

dan lepas tu, ada lah pulak slot Q and A. dalam banyak-banyak soalan, aku paling terkesan pada satu soalan ni dan cara muallaf tu, which now dah jadi ustaz yang dalam usaha berdakwah dalam bangsa cina.

soalan : apa pendapat ustaz pasal remaja melayu sekarang, yang mana rata-ratanya Islam, tetapi tak solat, rosak akhlak dan sebagainya. (lebih kurang macam ni la soalan dia)

jawapan : antara salah satu sebab yang berlaku bila mereka tak solat, seperti yang kita tau mereka ni dah sejak lahir, sememangnya Islam. jadi salah satu sebabnya mungkin sebab didikan sejak kecil. tetapi yang lebih utama, mereka tak pernah rasa keadaan tidak tenang sebelum memeluk agama Islam macam mana. mereka tak rasa macam mana perasaan tenang tu hadir bila pertama kali mendirikan solat. (lebih kurang macam ni la jawapannya, dah ingat-ingat lupa ayat exact nya macam mana, tapi point penting tu ada. hehe)

jadi segan pulak bila kita yang sememangnya beruntung lahir-lahir terus Islam, bukan semua orang beruntung macam kita. tapi kita abaikan pulak keuntungan yang kita dapat tu. kan?

jom solat, jom menuju ke arah yang lebih baik. :)

i am not good either. tapi tiap kali terkenangkan dosa sendiri...................


pssst : alhamdulillah for today. :')

pssst psssst : betapa aku berharap agar tidak melupakan segala nikmat yang terlimpah ketika sedang senang, dan sentiasa bersyukur untuk setiap yang terterima.

psssst pssst pssst : terima kasih Allah untuk setiap dugaan yang membuatku lebih celik.

1 ulasan:

raesa accessories berkata...

hi fatin! jom singgah blog baru saya :)