Ahad, 31 Julai 2011

ibu penyayang

pejam celik pejam celik, dah almost 3 bulan kerja. macam-macam pengalaman yang dapat, macam-macam perkara dapat belajar etc. so far alhamdulillah, semua berjalan dengan baik sampai hari ni. semoga semua pengalaman berharga yang aku dapat, belajar dapat digunakan dan dapat dijadikan panduan untuk masa-masa akan datang. mana tau kot-kot nanti aku jadi bos pulak ke? (amiin.)

kalau dulu, takut-takut nak tanya, sekarang dah berani sikit.
kalau dulu, berat mulut untuk bercakap, sekarang dah ringan sikit.
kalau dulu, blurrr je pasal itu ini, lurus sangat, sekarang dah tak sangat.
kalau dulu, pemalu, sekarang masih lagi pemalu. aww. SILA PERCAYA. :P

peh, ayat dah macam hari last nak kerja kan? padahal berhenti kerja pun lambat lagi. hiks

tudung type-type ariani yang ada awning tu, semestinya akan menjadi pilihan utama apabila waktu;
1. lambat
2. malas gosok tudung biasa

tapi biasanya alasan utama adalah kelewatan dan jugak kemalasan. dan waktu shift malam, which kena punch card sebelum pukul 8 malam. dan selalunya waktu shift malam adalah waktu berkejaran untuk kejar sebelum jam 8. jadi, kemungkinan untuk pakai tudung awning adalah tinggi. KECUALI, dah ada tudung yang dah bergosok dan berpin. waktu shift malam adalah di mana, mata adalah free from wearing any contact lens. hape kau selesa ke pakai contact lens malam-malam sampai pagi esoknya? orang lain maybe selesa lah, but not me.

nak diceritakan, suatu malam ni, tak tau lah kalau muka haku tak nampak baby face ke apa langsung menampakkan kewanitaan dan keayuan yang tinggi bila pakai tudung awning bersama spek, tiba-tiba ada sorang regular customer ni tegur;

customer: eh, muka dia nampak macam ibu-ibu penyayang kan? (which time ni dia tanya partner aku, alif, dan kebetulan jugak time tu ada adik dia.)

time tu usah dikata kena gelak ke apa, sebab haku pun gelak sama. haku sudah tidak kelihatan baby face kah? walaupun kaedahnya sebelum-sebelum ni time bila entah yang nampak baby face nya. tapi nakkkkkkkkkk jugak feeling baby face. :P

pssst : selamat menyambut bulan penuh barakah, ramadhan al mubarak. semoga ramadhan kali ini akan jadi lebih baik dari ramadhan sebelumnya. andai ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir, jadikan ramadhan yang terbaik buat kita. amiin. jangan lupa niat puasa! :)

Tiada ulasan: