Sabtu, 23 Julai 2011

cool fever.

hari tu, bila nampak anak kawan makcik pergi kedai pakai cool fever, tiba-tiba teringat pasal kenangan first time guna cool fever. aku start form 1, duduk asrama. tau-tau lah bila tinggal kat asrama macam mana, prep malam wajib pergi. tapi bila rasa malas tu tiba-tiba datang taknak pergi prep, nak tak nak kena pergi jugak. dah nama wajib kannn. jadi, bila tiba-tiba classmate demam ke, mula lah volunteer nak jaga. tapi kalau time rajin nak pergi prep pun, still volunteer nak jaga. sebab macam best bila dapat jaga orang sakit, lagi-lagi bila dekat asrama bilamana kita tak ada family, semua kawan-kawan je ada. sebab tu kot.

tak kisah lah. tapi yang pasti, time tu, taun 2003, masih baru lagi lah cool fever diperkenalkan. satu malam tu, marlia demam. time tu baru form 1 kann, so yang tukang jaga pun, bukan aku sorang lah kiranya, ada lagi sorang. nami. time tu boleh kata marlia demam panas lah. kebetulan marlia kot ada beli cool fever tu. so, tak ada lah kitorang nak perah kain, lepas tu tuam kat kepala marlia. tapi ada lah lap sikit-sikit. so, kitorang guna lah cool fever tu. bajet macam dah familiar gila guna cool fever tu, sampai instruction macam mana nak guna pun tak baca. sebab nampak mudah kannn.

kan time tu sebab nak perkenalkan cool fever, iklan bukan main gempak, demam boleh hilang cepat sebab cool fever tu serap panas kann. kitorang pun letak lah cool fever patch tu kat dahi marlia ni. dah almost 1 jam, panas tak surut-surut. aku ngan nami ni dah merungut laa apahalll panas tak kebah-kebah. ok bia lah dulu, nanti kebah la kot.

lepas tu aku ke nami ntah, rajin lah baca instruction dia, rupa-rupanya kitorang tak letak yang bahagian biru yang ada gel tu kat dahi, tapi letak yang ada lapisan putih tu kat dahi. mana nak serap habaaaaaaaaaaaaa.

haha. kenangan sungguh. time tu marlia yang tengah demam pun boleh gelak-gelak sekali. rasanya sekarang nak guna pun dah terer kot. :P


credit pic: google.


psssst : rasa janggal bila tak dapat nak on9 guna lappy sendiri. T__T

Tiada ulasan: