Sabtu, 23 Julai 2011

confident.

alhamdulillah so far kat tempat keje tak ada masalah. tapi kalau tang short duit ke excess ke, itu semua celah celah gigi je. (nampak sangat selalu short kann. actually tak ada lah selalu sangat, tapi kalau dalam bulan ni dah pecah rekod potong gaji. T____T)
tapi kalau setakat orang mintak nombor telefon tu, apa ada hal, orang cantik normal lah. ok tak. itu sekadar memperasankan diri sendiri. :P

aku tak pernah cerita pun kan pasal kawan-kawan kat tempat kerja semua sporting habis. semua macam lawak setiap kali pergi kerja kalau tak gelak tak sah. itu semacam perkara seharian yang memang sentiasa berlaku. kat tempat keje aku, setiap cashier akan ada 2 orang partner. tapi tak ada lah 2 partner serentak duduk dalam pos cashier tu. gila apa. kalau berlaga bontot tak ke nayaa. tak muat bontot okkkk. :P kiranya, 2 hari berturut dengan partner A, 2 hari berturut nya pulak dengan cashier B. gituu. dan aku punya partner adalah kak ha dengan alif. isnin pagi dengan selasa malam partner dengan kak ha, khamis pagi dengan jumaat malam cashier dengan alif. begitu. (beria explain macam hade orang kesah.)

konfiden 1.

partner dengan kak ha adalah agak menyeronokkan sebab kau borak apa pun, akan ada respon. dan tiap kali kau bercerita pun, kak ha dengar. dan yang penting kak ha ada cerita-cerita jugak, jadi mengantuk yang berkemungkinan besar berlaku adalah dapat dielakkan. ada lah satu hari tu, kak ha cerita pasal kejiranan rumah dia yang boleh dikatakan agak kepoh. ada tetamu datang bertandang ke rumah pun, jiran dia boleh mengendap kat tingkap okkkkkkkkkk sebab nak tau siapa tetamu yang datang. GILA. i cannot imagine how would it be kalau aku ada jiran melampau macam tu sekali. mau kena sound ngan aku.

kak ha: kak ha tak suka pasal jiran-jiran kak ha, bla bla bla. kesian la kat mak kak ha, dah la tak ada orang, lepas tu jiran-jiran kebanyakannya ambik kesempatan bla bla bla. kak ha selalu pesan kat mak, tak payah layan sangat dorang tu, dorang semua tu muka dua talam. (time ni serius gila muka kak ha. sebab tengah cerita pasal benda serius kannn)


aku : *diam kejap* muka dua talam? talam dua muka lah kak haaaa. hahaha

dapat pulak supervisor yang suka menganjing, memang jadik bahan lah. kahh


konfiden 2.

hari tu, time aku shift partner dengan alif. alif ni baru je excident, tapi dah nak masuk sebulan kot? eksiden pun luka kat muka and sadly, 2 batang gigi kat depan patah. so, dapat bayangkan tak macam mana? masa alif baru habis mc hari tu, memang parah la jadik bahan. tapi lama-lama dah terbiasa (gurau je bro :P). so satu hari tu, adik si alif ni nama haikal, pun kuat menganjing, lepas tu kitorang ada lah cakap pasal rokok. kak ha pun ada sekali kebetulan dia jadual bahagian store hari tu.

haikal : mu dok leh isap rokok alif, nanti rokok terkeluar. tapi satu je, kalu alif isap rokok dah tak payah nganga sangat, bukak mulut sikit je. 
*time ni aku ngan supervisor ngan kak ha dah gelak-gelak*
alif : bakpe nye? boleh je aku ada style kalau isap rokok, isap ikut tepi.
kak ha : alif memang ada style nanti isap rokok macam papaya. (muka macam biasa, konfiden habis).
*tapi time tu semua macam pause serentak lepas tu gelak serentak.*

aku : kak ha, bukan papaya, popeye lahhhhhhhhhh.

those yang happy happy lawak lawak thingy secara otometik tak ada nak bantutkan mood dan seangkatan untuk buat keje. ada kebaikan dia, dan keburukan dia pun ada, which is nanti leka lepas tu mula lah short duit and so on.

pssst : thanks people. :)

Tiada ulasan: