Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 25 Julai 2011

apa ke halnya?

aku langsung tak faham apa kena dengan benda alah facebook ni. memang lah secara semula jadinya aku jarang nak update status ke apa, tapi stillll bila tak dapat nak sign in itu adalah sesuatu yang memelikkan, lagi-lagi bila tengok orang lain boleh je on facebook. tapi kenapa kah aku tidak?

langsung jadi macam ni dari semalam. kenapakah hal ini berlaku?
anyone help me please? 


nak update lagi, lately rasa macam banyak lah pulak nak update itu ini, kalau tak kekdahnya sebelum ni view blog sendiri sahaja. aku adalah seorang yang suka baca blog post sendiri lalu termalu sendiri lalu tersipu-sipu nasib baik comel. errr, ops terlajak taip. :P
same case to baca diary sendiri. kalau sebelum ni, especially time zaman sekolah, time nak masuk tahun baru je, terkinja-kinja nak beli diary. konon semangat nak tulis diary apa yang tersurat tersirat hanya rahsia aku dan diary gituu. tapi kadarnya itu adalah hangat hangit tahi ayam sahaja yang mana cuma beberapa muka surat je yang tertulis dalam masa satu tahun, dan selebihnya bersawang. dan bila nampak diary tu setahun kemudian ke, rasa macam hoh skema nya  haku ini tulis diary macam buat karangan nak hantar cikgu. ayat pun macam kanak-kanak je. padanlah sekarang muka baby face. errr. 

ok dah lah, semakin lama bertaip, semakin lari pulak dari landasannya. sebenarnya adalah jauh lebih baik aku tidooo. 


bai. 

pssst : $$$ come to me. :P




Tiada ulasan: