Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 31 Julai 2011

ibu penyayang

pejam celik pejam celik, dah almost 3 bulan kerja. macam-macam pengalaman yang dapat, macam-macam perkara dapat belajar etc. so far alhamdulillah, semua berjalan dengan baik sampai hari ni. semoga semua pengalaman berharga yang aku dapat, belajar dapat digunakan dan dapat dijadikan panduan untuk masa-masa akan datang. mana tau kot-kot nanti aku jadi bos pulak ke? (amiin.)

kalau dulu, takut-takut nak tanya, sekarang dah berani sikit.
kalau dulu, berat mulut untuk bercakap, sekarang dah ringan sikit.
kalau dulu, blurrr je pasal itu ini, lurus sangat, sekarang dah tak sangat.
kalau dulu, pemalu, sekarang masih lagi pemalu. aww. SILA PERCAYA. :P

peh, ayat dah macam hari last nak kerja kan? padahal berhenti kerja pun lambat lagi. hiks

tudung type-type ariani yang ada awning tu, semestinya akan menjadi pilihan utama apabila waktu;
1. lambat
2. malas gosok tudung biasa

tapi biasanya alasan utama adalah kelewatan dan jugak kemalasan. dan waktu shift malam, which kena punch card sebelum pukul 8 malam. dan selalunya waktu shift malam adalah waktu berkejaran untuk kejar sebelum jam 8. jadi, kemungkinan untuk pakai tudung awning adalah tinggi. KECUALI, dah ada tudung yang dah bergosok dan berpin. waktu shift malam adalah di mana, mata adalah free from wearing any contact lens. hape kau selesa ke pakai contact lens malam-malam sampai pagi esoknya? orang lain maybe selesa lah, but not me.

nak diceritakan, suatu malam ni, tak tau lah kalau muka haku tak nampak baby face ke apa langsung menampakkan kewanitaan dan keayuan yang tinggi bila pakai tudung awning bersama spek, tiba-tiba ada sorang regular customer ni tegur;

customer: eh, muka dia nampak macam ibu-ibu penyayang kan? (which time ni dia tanya partner aku, alif, dan kebetulan jugak time tu ada adik dia.)

time tu usah dikata kena gelak ke apa, sebab haku pun gelak sama. haku sudah tidak kelihatan baby face kah? walaupun kaedahnya sebelum-sebelum ni time bila entah yang nampak baby face nya. tapi nakkkkkkkkkk jugak feeling baby face. :P

pssst : selamat menyambut bulan penuh barakah, ramadhan al mubarak. semoga ramadhan kali ini akan jadi lebih baik dari ramadhan sebelumnya. andai ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir, jadikan ramadhan yang terbaik buat kita. amiin. jangan lupa niat puasa! :)

Sabtu, 30 Julai 2011

zon selesa

i was about to think pasal mati lately. since banyak berlaku jenayah, kemalangan, penyakit macam-macam nowadays. timbul perasaan takut dalam diri.
takut mati dalam keadaan dosa tak terampun.
takut mati dalam keadaan masih berhutang, either kepada sesama manusia, ataupun kepada Dia yang Maha Pencipta.
takut mati dalam keadaan yang mengaibkan.
takut pasal macam-macam.

ya Allah, lindungi aku. amin. :')

satu hari tu, dalam perjalanan balik dari kolumpo lepas jumpa ustaz lukman, ibu ada pasang radio IKIM. dah lama tak dengar radio pasal agama. so time tu tengah segmen Islam pilihanku eh? lupa lah tajuk segmen tu apa, tapi yang pasti segmen tu ada jemput sorang muallaf, cerita pasal pengalaman-pengalaman dia sewaktu nak peluk Islam macam mana, macam mana dia boleh nak peluk Islam etc.

dan lepas tu, ada lah pulak slot Q and A. dalam banyak-banyak soalan, aku paling terkesan pada satu soalan ni dan cara muallaf tu, which now dah jadi ustaz yang dalam usaha berdakwah dalam bangsa cina.

soalan : apa pendapat ustaz pasal remaja melayu sekarang, yang mana rata-ratanya Islam, tetapi tak solat, rosak akhlak dan sebagainya. (lebih kurang macam ni la soalan dia)

jawapan : antara salah satu sebab yang berlaku bila mereka tak solat, seperti yang kita tau mereka ni dah sejak lahir, sememangnya Islam. jadi salah satu sebabnya mungkin sebab didikan sejak kecil. tetapi yang lebih utama, mereka tak pernah rasa keadaan tidak tenang sebelum memeluk agama Islam macam mana. mereka tak rasa macam mana perasaan tenang tu hadir bila pertama kali mendirikan solat. (lebih kurang macam ni la jawapannya, dah ingat-ingat lupa ayat exact nya macam mana, tapi point penting tu ada. hehe)

jadi segan pulak bila kita yang sememangnya beruntung lahir-lahir terus Islam, bukan semua orang beruntung macam kita. tapi kita abaikan pulak keuntungan yang kita dapat tu. kan?

jom solat, jom menuju ke arah yang lebih baik. :)

i am not good either. tapi tiap kali terkenangkan dosa sendiri...................


pssst : alhamdulillah for today. :')

pssst psssst : betapa aku berharap agar tidak melupakan segala nikmat yang terlimpah ketika sedang senang, dan sentiasa bersyukur untuk setiap yang terterima.

psssst pssst pssst : terima kasih Allah untuk setiap dugaan yang membuatku lebih celik.

Rabu, 27 Julai 2011

minyak tambah

dan setelah bersekian kalinya dipermainkan hati dan perasaan ini oleh sang facebooktakguna, sekejap boleh log in, sekejap tak boleh. haku nak tengok update pasal fakulti pun susah. #macam tengok sangat. :P
virus virus ni tak ada kerja lain ke? *tetiba*

ini lagi pasal kerja. dah sepanjang hampir 3 bulan aku kerja, antara soalan yang paling familiar yang ditanya oleh customer adalah, "yang mana satu minyak tambah?", "minyak tambah kat mana?", "minyak tambah berapa ringgit?", "minyak tambah bla bla bla". dan secara dasarnya, soalan yang berkisarkan atau yang dimulakan oleh minyak tambah. kali pertama ok lagi, boleh jawab "saya masih baru. kejap ehh..", tapi lama-lama bila dah tengok asal orang kata minyak tambah je, orang akan kasi lubricant MACH 5. untuk seterus kalinya, bila orang tanya pasal minyak tambah, tak lain dan tak bukan jawapan aku mesti MACH 5.

satu hari, terdetik di minda, MACH 5 a.k.a minyak tambah tu untuk apa sebenarnya?
lalu hari tu rajin lah mulutku bertanya soalan kepada kak tini. kalau tak hanya mimik muka yang memainkan peranan. errr.

aku : kak tini, selama ni orang tanya minyak tambah minyak tambah. minyak tambah tu apa sebenarnya? minyak tambah dalam tangki untuk jimatkan minyak ke? 
kak tini : laaaa. tak tau lagi ke? kesian sangat. kereta pandai bawak, tapi minyak tambah pun tak tau. kesiannn..

lalu terserlah lah ke-innocent-an ku di situ. nasib baik comel. hiksss.

dan untuk para jelitawan yang sama nasib dengan saya, which means tau bawak kereta tapi tak tau minyak. minyak tambah itu adalah minyak pelincir. minyak hitam ke apa? ada aku tau minyak yang mana, tapi sekarang tiba-tiba tak ingat perkataan tu. tapi kalau hantar pergi servis, yang dorang angkat besi tu lepas tu lap kat kain ke, kertas ke, tengok dah takat mana minyak tu yang masih tinggal.

dan adalah lebih baik entry ditutup dengan gambar.
:P

virus virusan.

tiba-tiba aku dah dapat tau kenapa hari-hari sebelum ni aku tak dapat nak on facebook lalu terkeluar pernyataan  seperti di bawah;


rupanya adalah disebabkan cirus yang semakin tersebar yang tetiba nak pop out melalui chat. dan selepas 48jam, akhirnya facebook dapat dibuka semula. malangnya tak sampai 30minit on facebook, tiba-tiba;

pop out lagi! #sakit hati #sakit hati #gerammmm


adik : oi, ni virus lah, yang pegi layan kenapa? 
angah : haa? 
adik : ni virus lah, aku dah pernah kena. 'hi, how are u?'
aku : kenapa? kenapa?
adik : dia ni layan virus tanya how are u? pastu pegi jawab oit, ni sape?

wakakakakakaka

kita senasib la gayanya. 

nampaknya facebook semakin hari semakin menggila-gila babas. 

takpe, memang aku sign up facebook nak mintak kena virus tu punnnnnnn. :P

macam mana eh nak bunuh itu virus? 

Isnin, 25 Julai 2011

apa ke halnya?

aku langsung tak faham apa kena dengan benda alah facebook ni. memang lah secara semula jadinya aku jarang nak update status ke apa, tapi stillll bila tak dapat nak sign in itu adalah sesuatu yang memelikkan, lagi-lagi bila tengok orang lain boleh je on facebook. tapi kenapa kah aku tidak?

langsung jadi macam ni dari semalam. kenapakah hal ini berlaku?
anyone help me please? 


nak update lagi, lately rasa macam banyak lah pulak nak update itu ini, kalau tak kekdahnya sebelum ni view blog sendiri sahaja. aku adalah seorang yang suka baca blog post sendiri lalu termalu sendiri lalu tersipu-sipu nasib baik comel. errr, ops terlajak taip. :P
same case to baca diary sendiri. kalau sebelum ni, especially time zaman sekolah, time nak masuk tahun baru je, terkinja-kinja nak beli diary. konon semangat nak tulis diary apa yang tersurat tersirat hanya rahsia aku dan diary gituu. tapi kadarnya itu adalah hangat hangit tahi ayam sahaja yang mana cuma beberapa muka surat je yang tertulis dalam masa satu tahun, dan selebihnya bersawang. dan bila nampak diary tu setahun kemudian ke, rasa macam hoh skema nya  haku ini tulis diary macam buat karangan nak hantar cikgu. ayat pun macam kanak-kanak je. padanlah sekarang muka baby face. errr. 

ok dah lah, semakin lama bertaip, semakin lari pulak dari landasannya. sebenarnya adalah jauh lebih baik aku tidooo. 


bai. 

pssst : $$$ come to me. :P




Sabtu, 23 Julai 2011

confident.

alhamdulillah so far kat tempat keje tak ada masalah. tapi kalau tang short duit ke excess ke, itu semua celah celah gigi je. (nampak sangat selalu short kann. actually tak ada lah selalu sangat, tapi kalau dalam bulan ni dah pecah rekod potong gaji. T____T)
tapi kalau setakat orang mintak nombor telefon tu, apa ada hal, orang cantik normal lah. ok tak. itu sekadar memperasankan diri sendiri. :P

aku tak pernah cerita pun kan pasal kawan-kawan kat tempat kerja semua sporting habis. semua macam lawak setiap kali pergi kerja kalau tak gelak tak sah. itu semacam perkara seharian yang memang sentiasa berlaku. kat tempat keje aku, setiap cashier akan ada 2 orang partner. tapi tak ada lah 2 partner serentak duduk dalam pos cashier tu. gila apa. kalau berlaga bontot tak ke nayaa. tak muat bontot okkkk. :P kiranya, 2 hari berturut dengan partner A, 2 hari berturut nya pulak dengan cashier B. gituu. dan aku punya partner adalah kak ha dengan alif. isnin pagi dengan selasa malam partner dengan kak ha, khamis pagi dengan jumaat malam cashier dengan alif. begitu. (beria explain macam hade orang kesah.)

konfiden 1.

partner dengan kak ha adalah agak menyeronokkan sebab kau borak apa pun, akan ada respon. dan tiap kali kau bercerita pun, kak ha dengar. dan yang penting kak ha ada cerita-cerita jugak, jadi mengantuk yang berkemungkinan besar berlaku adalah dapat dielakkan. ada lah satu hari tu, kak ha cerita pasal kejiranan rumah dia yang boleh dikatakan agak kepoh. ada tetamu datang bertandang ke rumah pun, jiran dia boleh mengendap kat tingkap okkkkkkkkkk sebab nak tau siapa tetamu yang datang. GILA. i cannot imagine how would it be kalau aku ada jiran melampau macam tu sekali. mau kena sound ngan aku.

kak ha: kak ha tak suka pasal jiran-jiran kak ha, bla bla bla. kesian la kat mak kak ha, dah la tak ada orang, lepas tu jiran-jiran kebanyakannya ambik kesempatan bla bla bla. kak ha selalu pesan kat mak, tak payah layan sangat dorang tu, dorang semua tu muka dua talam. (time ni serius gila muka kak ha. sebab tengah cerita pasal benda serius kannn)


aku : *diam kejap* muka dua talam? talam dua muka lah kak haaaa. hahaha

dapat pulak supervisor yang suka menganjing, memang jadik bahan lah. kahh


konfiden 2.

hari tu, time aku shift partner dengan alif. alif ni baru je excident, tapi dah nak masuk sebulan kot? eksiden pun luka kat muka and sadly, 2 batang gigi kat depan patah. so, dapat bayangkan tak macam mana? masa alif baru habis mc hari tu, memang parah la jadik bahan. tapi lama-lama dah terbiasa (gurau je bro :P). so satu hari tu, adik si alif ni nama haikal, pun kuat menganjing, lepas tu kitorang ada lah cakap pasal rokok. kak ha pun ada sekali kebetulan dia jadual bahagian store hari tu.

haikal : mu dok leh isap rokok alif, nanti rokok terkeluar. tapi satu je, kalu alif isap rokok dah tak payah nganga sangat, bukak mulut sikit je. 
*time ni aku ngan supervisor ngan kak ha dah gelak-gelak*
alif : bakpe nye? boleh je aku ada style kalau isap rokok, isap ikut tepi.
kak ha : alif memang ada style nanti isap rokok macam papaya. (muka macam biasa, konfiden habis).
*tapi time tu semua macam pause serentak lepas tu gelak serentak.*

aku : kak ha, bukan papaya, popeye lahhhhhhhhhh.

those yang happy happy lawak lawak thingy secara otometik tak ada nak bantutkan mood dan seangkatan untuk buat keje. ada kebaikan dia, dan keburukan dia pun ada, which is nanti leka lepas tu mula lah short duit and so on.

pssst : thanks people. :)

cool fever.

hari tu, bila nampak anak kawan makcik pergi kedai pakai cool fever, tiba-tiba teringat pasal kenangan first time guna cool fever. aku start form 1, duduk asrama. tau-tau lah bila tinggal kat asrama macam mana, prep malam wajib pergi. tapi bila rasa malas tu tiba-tiba datang taknak pergi prep, nak tak nak kena pergi jugak. dah nama wajib kannn. jadi, bila tiba-tiba classmate demam ke, mula lah volunteer nak jaga. tapi kalau time rajin nak pergi prep pun, still volunteer nak jaga. sebab macam best bila dapat jaga orang sakit, lagi-lagi bila dekat asrama bilamana kita tak ada family, semua kawan-kawan je ada. sebab tu kot.

tak kisah lah. tapi yang pasti, time tu, taun 2003, masih baru lagi lah cool fever diperkenalkan. satu malam tu, marlia demam. time tu baru form 1 kann, so yang tukang jaga pun, bukan aku sorang lah kiranya, ada lagi sorang. nami. time tu boleh kata marlia demam panas lah. kebetulan marlia kot ada beli cool fever tu. so, tak ada lah kitorang nak perah kain, lepas tu tuam kat kepala marlia. tapi ada lah lap sikit-sikit. so, kitorang guna lah cool fever tu. bajet macam dah familiar gila guna cool fever tu, sampai instruction macam mana nak guna pun tak baca. sebab nampak mudah kannn.

kan time tu sebab nak perkenalkan cool fever, iklan bukan main gempak, demam boleh hilang cepat sebab cool fever tu serap panas kann. kitorang pun letak lah cool fever patch tu kat dahi marlia ni. dah almost 1 jam, panas tak surut-surut. aku ngan nami ni dah merungut laa apahalll panas tak kebah-kebah. ok bia lah dulu, nanti kebah la kot.

lepas tu aku ke nami ntah, rajin lah baca instruction dia, rupa-rupanya kitorang tak letak yang bahagian biru yang ada gel tu kat dahi, tapi letak yang ada lapisan putih tu kat dahi. mana nak serap habaaaaaaaaaaaaa.

haha. kenangan sungguh. time tu marlia yang tengah demam pun boleh gelak-gelak sekali. rasanya sekarang nak guna pun dah terer kot. :P


credit pic: google.


psssst : rasa janggal bila tak dapat nak on9 guna lappy sendiri. T__T

Jumaat, 22 Julai 2011

quick.

i wanna update more and more. tapi penat baru balik dari subang, terus pergi kerja. no sleep, errr slept a bit. tapi orang kuat tido macam haku mana pernah cukup kalau tido sikit?

dan sehingga ke hari ini, alhamdulillah untuk segala nikmat percuma yang diberi olehNya.
alhamdulillah untuk segala rezeki yang terhidang,
alhamdulillah untuk segala manfaat yang terbentang,
alhamdulillah untuk segala kebaikan yang termakan.

terima kasih Allah. :')


pssst : bertahan!

Jumaat, 15 Julai 2011

blank.

bila lama dah tak update, untuk nak update balik tu, pehh bukan main susah nak update. like today, aku nak update, tapi sakit gigi lah pulak. jenis aku, sakit lain kiranya tak lah tension mana, tapi bila dah sakit gigi, even sakit satu gigi pun dah rasa macam sakit satu badan. aaaaaaaaa.

lately macam banyak sangat isu yang berlaku dalam malaysia. lagi-lagi bila tengok video ni;



i cannot imagine what would happen 1 day in malaysia. nangis gila okk tengok video ni sebab tak ubah macam perang kat palestin sikit-sikit where as rakyat palestin tu dipijak oleh sang tentera. aku even tak blame mana-mana pihak, sebab anything pun ada pros and cons. kan?

dan sesungguhnya, semakin tinggi kuasa yang terpegangkan, semakin tinggi ego yang harus diketengahkan.
betapa politik itu kotor, sampai bila harus ditunggu agar ia bersih sendiri? betapa susah untuk kita bertemu pemimpin yang sejujur dan setegas Saidina Umar al-Khattab?


tapi apa berbaloikah kiranya pergaduhan terjadi hanya disebabkann ini yang langsung tiada kepentingan?


pssst : blur.

Isnin, 11 Julai 2011

tensi.

sejak dua menjak ini, mari aku namakan saja hari-hari lewat kini dikerumuni dengan pelbagai persoalan, banyak perkara untuk dihimpuncantumkan agar selesai.

tapi apa ertinya hidup kalau tiada masalah?
apa gunanya akal kalau bukan untuk menyelesaikan masalah?


pssst : i love what i have been through so far. alhamdulillah. :')

Rabu, 6 Julai 2011

repekan.

dah lama tak update, kesian blog haku tertinggal banyak kenangan yang sepatutnya perlu dicoretkan. banyak yang perlu dibereskan dalam minggu ni sebenarnya.

1. latihan industri
it is supposed to be settled within this week, next week kena hantar list tempat, tapi tengok lah keadaannya bilamana belum settle jugak. T__T  (i wanna write more about this, but then mood tak ada. sila salahkan hormon yang mana sekarang adalah agak kurang stabil like !#@%&^&**)

2. issues
issues kat sini bermaksud bukan sahaja pasal isu bersih yang itu ini, bukan saja pasal isu tiba-tiba sakit hati, tiba-tiba malas lepas tu rasa selalu nak tido,  tapi also heart issues that i really refused to involve. dan masalahnya tetap sama seakan perkara 1 tadi, yakni malas nak explain further. yeah, that is what we call pemalasism.

3. resume
ok, sekarang baru teringat nak siapkan resume. bolehhhh?????



ok bye.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...