Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 10 Mei 2011

makan

aku perasan, since bila entah, lepas sukar hari tu kalau tak silap. laparrr je keje. itu belum masuk makan je keje lagi. tension tu memang lah tension bila tiap kali lalu depan cermin ke, tengok cermin ke, tertekan bila tengok diri sendiri.

tapi tiap kali selera makan membuak-buak, setiap kali itu lah i kept saying to myself, hormon tak stabil nii. tak pe nanti lepas period kurus balik. tapi masalahnyaaa, sebelum period aku makan banyak, waktu period aku makan double banyak, lepas period asyik lapar tak sampai hati nak seksa diri sendiri lalu makan seperti sebelum period, kaedahnya, macam mana gua nak kurus balik?

tapi masalahnya, kalau dalam sebulan tu gua rasa lapar macam nak period tu 30 hari dalam sebulan, agak-agak lah nak sedapkan hati sendiri pun, takkan lah gua period 4 minggu dalam sebulan kottttttttttt.

lagi-lagi bila dah start keje ni, rasa lapar tu bukan takat manjangg je, tapi double triple manjang. nasib baik lah gua keje dengan orang dan lagi bertambah nasib baiknya adalah gua sekarang adalah tengah pokai, kalau tak aku antara penyumbang terbesar jualan makanan itew (ok ini kalau dalam poket 1 hari rm100 hanya untuk belanja makan :P). poket kering habis sampaikan untuk aku nak beli makanan punn, gua kena fikir dua tiga kali lalu sanggup ikat perut. cuma bila murah rezeki, ada barang return atas sebab barang makanan tu hampir tamat tempoh thus supplier tinggalkan makanan tu tapi just ambik plastik pembungkus tu, lalu kami lah yang menghabiskan cheezels itu semuaa. rezeki orang kata jangan ditolak beb.
apakan daya, kat tempat keje gua tak makan, balik rumah terus menggagau cari makanan, tak kira, be it siang ke malam, sekarang, melantak tetap melantak. lapar tak boleh dibiar. tak gitu?

and also, kerja gua setakat hari ni, ok laa. that day, pengalaman best gila i tell u. 2 hari berturut-turut untuk promosikan minyak baru. primax 95 extra. i have to admit, aku bukan pengguna minyak petronas pun, due to some reasons. antara reason dia, kualiti minyak tu sendiri. aku tak tau lah betul ke tidak pasal kualiti minyak petronas yang ada tu tak seelok kualiti minyak shell ke, bp ke, esso ke. pernah sekali tu, ekzos kereta yang aku guna sekarang rosak. then hantar lah pergi bengkel. at one point uncle tu cakap, kalau u nak ekzos and enjin u tahan, u pakai minyak shell or esso. sebab petronas tak berapa elok. betul ke eh?
tapi tak kisah lah betul ke tidak, keje tetap keje, aku kena promot minyak tu and did some surveys dan jugak ambik maklumat peribadi untuk lucky draw kepada sesiapa yang layak. siapa yang layak? yang layak adalah to those yang isi minyak rm30 and above. dan untuk capai target aku kena cari customer supaya cukupkan 200 orang dalam masa 2 hari tak mudah sangat kot tekak pedih gilaa i tell u. tapi pengalaman dia, best. macam-macam jenis dan lagak orang yang aku boleh jumpa. ada yang sombong, ada yang sporting, ada yang gatal, ada yang excited bila dengar je contest.

haa, cerita pasal excited, ada customers yang mulanya isi rm10/20 je sampai sanggup isi lagi sampai cukup rm30. aku time tu toksah cakap la, lagi lahh excited sebab lagi sikit nak capai target. ngeh ngeh.
pengalaman lain setakat ni kat stesen minyak, kau akan boleh tengok ada budak asyik tenung bontot customer lain sebab mengancam sangat, couple yang salingg tipu menipu. etc. itu kita kata gelagat. hiks.

dan dalam banyak-banyak hari, hari ni yang paling letih sebab hari ni start traning kat cashier. gua ingatkan senang je duk dalam cashier, just kira-kira duit kaching kaching, namun rupanya bukan semudah yang disangka. dan walaupun sebelum ni badan sangat letih sebab cuci toilet, mop apron, whatsoever, namun sedarlah bahawa menggunakan tenaga otak dicampurkan pula tenaga badan adalah lagi letih. aku harap hari ni je yang macam penat dan lambat buat keje, dan banyak buat silap. hope, tomorrow will be better. amiinn. :')



pssst : i really dun get it bila bos selalu gurau-gurau kata aku ada banyak skendal. tau lah bos boleh tengok kitorang keje thru cctv, even kalau bos ada nampak saya senyum-senyum ke, bukan sebab saya nak ngorat, bos. saya cuma nak tarik customer je. lariksssssssss. (tapi betul-betul tah faham lahhhh. haih)

pssst pssst : betul-betul craving for pizzas. see, selera dah mai dahhh. :P

ok bai, esok keje pagi kena bangun awal sebab esok nak pergi keje naik beskal, dengan harapan peha boleh mengecik dan boleh kurus secara keseluruhannya. 


Tiada ulasan: