Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 2 Mei 2011

biarlah YM berbicara

dah lama okk tak baca novel. tapi tak ada lah sampai setahun, mungkin dalam 2,3,4, 5 bulan macam tu lah. tapi sebab sekarang pun rasa macam bosanggg gila, online dah bosang, tengok tv pun dah bosang, dengar lagu pun kadang-kadang bosang, kadang-kadang tidak. nak keluar pergi jalan-jalan, kat luar panas. kalau tang panas lepas tu masuk kedai ada aircond, tak pun lepak kat mall ke, kira consider lagi. tapi sekarang, poket gua kering, gua memang pokai habis, dah tu, macam mana gua nak keluar pergi jalan-jalan? kalau bayar barang, minyak kereta, pakai air liur ke, pakai daun ke, tak pe lah jugak. tapi sekarang, mana gua nak gagau duit?? grrr. 

dan kesudahannya, pinjam novel adalah antara langkah yang bijak, walaupun tak berapa nak bijak. 
bijak sebab boleh hilangkan boring. tak bijak sebab kerja lain semua tak jalan, nak habiskan novel cepat-cepat punya pasal. 


padahal novel ni dah lama published kot, kalau tak silap dah 2 tahun lepas, tak pun tahun lepas. kalau tak silap lah. 

komen aku, jalan cerita dia ok lah. aku suka penggunaan bahasa dia. sempoi dan ada lah lawak-lawak, dan cerita ni tak ada nangis-nangis. tapi tak tau lah kalau aku yang susah nak nangis cerita ni. kiranya yang aku boleh baca. sebab ada jugak novel yang aku tak boleh nak baca sebab cara penyampaian dia tu tak berapa nak masuk dengan aku. well, different people have different opinions, right?. :)
cerita novel ni, kita boleh agak jalan cerita dia macam mana. orang kata, cliche. hehe
1. perempuan tu anak angkat tapi lama-lama dapat tau yang family betul dia ada tinggalkan company untuk dia. tak pun, ada pengarah ni percayakan dia lalu bagi company tu untuk dia. 
2. heroin cerita jadi tomboy sebab trauma dengan lelaki. 
3. heroin orang susah, tapi jatuh hati dengan orang kaya. rasa rendah diri, sedaya upaya elakkan diri daripada hero tapi last-last kawin jugak. 
4. hero ada affair dengan orang lain. 

bla bla bla. 

ada suggestion tak novel apa lagi yang best? harap aku boleh cari lah tapii. sebab kalau aku nak beli tuu.... errrrr. 

ok lah nak tido, bye. 




psssst : belum masuk sebulan lagi pun, tapi dah bosangggggggggg. esok semua borang permohonan kerja mesti hantar, fatin!

2 ulasan:

Kumbang Jingga berkata...

novel maid, terlanjur mencintai mu dan doktor cinta..tops seller di popular bulan lepas dan bulan ni..ramai cakap best even sy pun tak sempat baca lgi hehe

http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/05/review-novel-anak-dara-menteri-1.html

FatinSyahirah berkata...

kumbang jingga : oh ye? ok ok. nanti try cari. hihi. nway, thank u! :)