Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 3 April 2011

telan.

makin lama, makin rasa nak tukar pakai maxis ke, digi ke sekarang ni, instead of celcom prepaid.
mana gua tak bengang, topup rm10, tak guna pun, tiba-tiba check baki tinggal rm2 lebih-lebih sikit. itu kira ok lagi. kadang-kadang topup rm5, check balik semula tengok balance tinggal berapa posen jek. jadahnya aku tak guna tapi tiba-tiba kredit berkurang.
tahun lepas, aku pernah lah jugak kena macam ni. lepas tu terus call celcom service tanya kenapa jadik macam ni even tak guna pun padahal. dorang jawab itu berlaku sebab sistem ke apa ke benda entah, aku pun dah lupa. sebab jenis aku, marah sekejap, nanti dah elok, terus lupa. lepas tu ada lah tak berlaku kejadian tu, tapi lately tiba-tiba makin menjadi-jadi pulak. sebab tu sekarang, aku dah jarang nak topup. sebab fedap asyik kdit kena telan tak  sudah-sudah. so faham-faham lah kalau mesej tak berbalas ke, call tiba-tiba putus ke. sadis sungguh.

ye lah kan. duit yang aku ada ni memang untuk topup je pun. asal ada duit je, topup, asal ada duit je topup. lepas tu memang ternanti-nantiii sangat supaya kdit kena telan supaya nanti aku boleh topup lagi. *mata ke atas, tangan ke dada*
ni lah kekdahnya yang dikatakan yang miskin makin papa, yang kaya makin kaya.

hehhh.

1 ulasan:

bact berkata...

weh.. gua pon kena jugak la
service roaming kejadah apa tah
nyirap tol la dgn celkom neh