Ahad, 3 April 2011

sepatutnya malam ni nak siapkan kerja yang lagi sikiiiiiit je. tapi baru teringat oh malam ni ada ABPH. dah alang-alang mata mengantuk sebab tadi makan nasik lauk ikan patin masak tempoyak farah bawak balik dari pahang, pehhh, layan gila makan nasik tak hingat gua cakap sama lu. sepatutnya sekarang tengah berdiet, tapi apakan daya. tak boleh nak dihalang rasa nak makan tu. nampaknya lepas ni kena google lagi tips untuk mengawal makan yang berkesan. yang tak berkesan sangat tu boleh tolak tepi. (eh, nak salahkan tips pulak padahal diri tak sendiri tak berdisiplin tak boleh nak control makan)

seperti yang telah tertulis pada entry yang lepas lepas, aku tengah study week. nama je minggu belajar, tapi belum start belajar lagi sebab, fokus sekarang nak siapkan kerja malam niiii jugak! at least malam ni dah boleh start belajar jugak! (tanda seru tu maksudnya semangat waja habiss!)
ok kita rehatkan minda sekejap. sambil buat keje, sambil dengar tengok live abph kat tv3.my. dengar je, tengok tu jarang, tengok time anugerah yang ada je. tak tengok time iklan. (apa beza??)
eh, tadi cakap pasal study week. oh tunggang langgang sungguh. ok kembali pada ayat study week tadi. sebab sekarang study week, boleh kata ramai lah jugak yang balik. sampaikan tiba-tiba malam ni boleh tengok live abph kat tv3.my. kalau tak, pukul 2, 3 pagi kangg baru boleh nak online guna wifiii. kagum tak kagum tak?

oh, dah lah. nak pergi latihan catur bestari kejap, esok ada pertandingan.
ok bye.

1 ulasan:

bact berkata...

mana satu hg nk buat neh??
bnyk gila to-do-list hg..
hahhaha