Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 5 April 2011

pengajaran hari ini

niat di hati, balik uni awal-awal sebab nak study. tapi manusia hanya merancang. tiba-tiba balik sini, sakit. tak ada lah sakit teruk sampai terlantar 24 jam. tapi buat diri jadi tak selesa lah. first first sampai hari tu dah rasa ta sedap badan. dalam bas dah rasa mabuk-mabuk, nak muntah tapi tahan. sampai stesen bas, ingatkan dah ok, lepas tu ada la pergi jalan-jalan kejap. tup tup sampai bilik, muntah.

fine.

lepas tu je, tiap kali makan, rasa nak muntah. abaikan je lah. selagi boleh tahan muntah, tahan.

semalam, pagi-pagi dah minum nescafe. waktu perut tengah kosong. dah tu, akibatnya, perut masuk angin lagi. kali ni memang dah tak tahan, makan je, muntah, makan je muntah. like tekak aku ni memang untuk muntah je ke ape? hehhh

kaedahnya, hari ni baru nak start study. semalam pun sempat study habiskan satu chapter. wth baru 1 chapter?? tapi ok lah sebab kepala pusing, daripada tak boleh nak fokus bazirkan masa ulang ayat yang sama tapi tak masuk masuk, baik rehat. ye tak?

dah lamaaa kot tak kena perut masuk angin macam sekarang. last time kena waktu semester lepas kot. aku pun dah lupa semester bila. biasanya, akan kena macam ni bila dah lama tak minum nescafe, lepas tu start minum balik. akan jadi lah kadaan macam ni. lepas tu, ada lah insaf sekejap, cakap tak nak minum lah apa lah, tapi lama-lama minum jugak.

eh, apa pengajarannye?

pengajarannya, kalau dah rasa tak boleh nak minum nescafe, jangan nak gatal-gatal p teguk nescafe tu. nak-nak time perut kosong.

so far, aku just mampu minum air panas, mandi air panas, sapu minyak panas supaya angin keluar. memang dah HOT pun sekaranggg... ngehhhh



psssst : kalau nak kurus pun, tak nak cara yang macam ni. seksa gilaaa. tapi, time kita sakit, dosa-dosa kecil terhapus. kena sabar. SABAR!

10 ulasan:

AesyaZealous berkata...

moga cepat sembuh ye!

Isteri Yang Comel berkata...

ADA ORANG YANG PANTANG NESCAFE

Norain Ishak berkata...

saya google la pasal rasa nak muntah after makan, jumpa blog ni.

situasi macam sama je.saya baru start exam week minggu ni.so, baru minggu ni lah bantai minum nescafe. lepas makan lunch je, mula laa rasa macam nak muntah. tapi tak muntah laa.

Myra Arshad (: berkata...

mak aii, tak sehat betul ni. huhu. take care sayang :))

TheSyafiq Mokhtar berkata...

nescafe ni berangin..xsesuai untuk naik bas..

FatinSyahirah berkata...

aesya : trima kasih. skarangdah ok. cuma xbleh nk minum nescafe lg. heh

FatinSyahirah berkata...

isteri yg comel : itu lahh. br nk stay up minum nscafe.

FatinSyahirah berkata...

norain : seksa kan bila muntah2 tu? huu.

FatinSyahirah berkata...

myra : thank u dear.. :')

FatinSyahirah berkata...

syafiq : teh pun same x bleh nk minum... :(