Sabtu, 30 April 2011

hatimu, hatiku

untuk orang tak ada kakak or even adik perempuan macam aku, having senior as roommate dekat hostel adalah sesuatu yang agak menyeronokkan. tapi depends lah jugak, kalau dah jenis macam tak boleh nak join satu kepala tu tak seronok jugak. jenis yang seronok seronok ni jenis yang macam dah boleh buat macam kawan. alah, kau sendiri pun faham lahhh. :P

it was the first time ever aku dapat senior as roommate waktu zaman pasum, dan lucky me senior tu sempoi boleh gurau and cerita macam-macam. seronok kan? padahal, aku antara yang mempunyai tanggapan yang senior tak best sebab dulu time sekolah ada pengalaman tak enak bersama senior. tak enak yang mana seperti, kau cicah roti dengan air masak pun lagi sedap. errrr.
berbalik pada cerita roommate aku tu, dia senior final year kos law. time tu, jangan kata lah, nak belajar subjekk sains memang dah kurang minat sebab senang sangat terpengaruh tengok dorang buat group discussion kat bilik aku sampai pukul 2,3 pagi macam best. lagi-lagi dengar cerita dorang itu ini, ohh impianku untuk menjadi seorang lawyer semakin bersinar. tapi malang, apabila disuarakan akan hasrat hati itu, ditolak akan suara itu. maka impian itu bermalap kembali. tapi tak apa, aku rasa aku dah start suka balik subjek sains apa. ;)

so, untuk roommate aku kali ni, senior final year jugak. waktu mula-mula dia masuk bilik, rasa macam errr lain lah jugak. tapi lama-lama jadi makin selesa. kau nak tido pandang muka dia, bangun tido pun at first pandang muka dia, tak selesa apa lagi. sebelah katil lagi. lagi pulak akak tu suka bercerita. itu sudah hampir masuk kepala. dan lagi, satu fakulti, senang lah kalau ada soalan simple simple nak tanya, atau time tu aku tengah buat assignment yang perlukan maklumat pasal subjek yang dia dah belajar, macam senang, tapi tak senang jugak sebab kadang-kadang aku tak faham. hehe

bebalik pada akak ni, dia selalu pergi usrah tiap-tiap minggu. minggu terakhir dekat umk, (aku la yang terakhirnya, akak tu stay lagi sebab nak kena siapkan jilid thesis), dia pergi usrah terakhir sebelum grad nanti dah tak ada peluang nak pergi usrah. balik dari usrah, dia cerita cerita. banyak okk dia cerita. tapi syok sebab
even kita tak pergi, tapi dapat jugak info. 

so, for today's topic, hatimu hatiku. bukan lah tajuk dia exactly hatimu hatiku. itu perumpaan je. usrah tu sebenarnya ulaskan dengan lebih detail pasal satu hadis. dan usrah hari tu, aku hadis yang dibaca tu pasal jodoh. dan diringkaskan;

kita kena ikut gerak hati kita. contoh, ada lah sorang mamat ni. hengsengg, charming, bla bla bla. tapi kau rasa macam tak best, tapi kawan-kawan kau asyik duk suruh kau pergi laaa dia hengseng kot, perfect. so, which one kau nak ikut? follow your heart atau your friends? ikut gerak hati kau. memang lah kita akan kata, alaa kalau orang baik, warak etc boleh lah, tapi kita ni takk, mungkin gerak hati kita ni tak betul. 
ok, sekarang ni nak tanya. kita wujud, atas kehendak siapa? atas kuasa siapa? Allah, kan? hati kita ni milik Allah, maka ada link dengan Allah. sebab tu lah. if there's something yang kau rasa tak best ke, tak enak ke, there might be something not right pasal dia, or dia mungkin bukan jodoh kau. mungkin. tapi tak ada lah sampai kena terlalu ikut dengan perasaan. be rasional. selalu berdoa. jangan terlalu ikut dorongan nafsu.
itu lah yang akak tu cerita yang dia dah dengar ustazah tu cakap. wallahualam. 




 last day makan sama-sama. sem depan dah tak jumpa lagi. 
insyaAllah, sem depan just satu bilik dengan

dia ni je. 

ehem, cuba teka yang mana satu akak tu? well, aku macam biasa, selalu nampak paling muda. lalalala~



psssst : anything not right yang i do not know ke? 


2 ulasan:

Nur Misnan berkata...

hello cik fatin
tanya sikit yer
ada ker sepupu, sedara, kakak,
adik yang bernama sarah?

muka nampak mcm kawan lama
sampai skrg masih mencari...

FatinSyahirah berkata...

nur misnan : hihi.. nama sarah tak ada.. farah ada lah. hiii. muka hampir sama kot..