Sabtu, 9 April 2011

disturbed.

sepatutnya sekarang adalah waktu study. semakin lama, semakin terasa bahang final exam. tak tau kenapa kali ni, feeling nak exam ni lain macam tak boleh nak describe macam mana. biarlah just remain deep in there, dalam hati. *poyo*
entry tajuk disturbed bukan sebab nak aplikasikan apa yang dah belajar setakat ni dalam subjek wildlife dan park management yang bilamana habitat of the animals disturbed dengan aktiviti kita-kita manusia ini untuk tujuan development dan sebagainya secara automatiknya akan mendorong untuk berlakunya kepupusan untuk spesis tersebut, lebih-lebih lagi bila spesis itu terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling. contoh macam; microorganisms boleh dengan mudahnya terganggu bila berlaku perubahan climate, pH etc. cuma certain je lah, kita kena tengok jugak characteristics dia macam mana. paham tak setakat ni? (ok fine memang aku tulis ni sebenarnya nak mengajar. :P)

tapi sebenarnya bukan tu yang diperkatakan sebab sebenarnya nak cakap pasal mood hari ni terganggu dengan beberapa perkara yang berlaku secara tak terjangka. ater, kalau dah dijangka kaedahnya, idok ler tiba-tiba mood pun rasa macam nak makan budaakkkk. ok tak.

1. spek lupa letak kat mana.
petang tadi tiba-tia ter-rajin turun main nestball+basketball. tak ada lah basketball mana, sebab main pun kat tempat netball. main pun tak semnenggah mana sebab saje je main-main jek nak release tension keluarkan peluh dan aktifkan sikit cell cell yang dah kaku sikit. balik bilik, mandi cepat-cepat untuk siap siap pergi makan. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........... aku lupa mana spek aku pergi. nak pakai contact lens, tapi malasss. aku rasa aku dah letak kat atas katil sebelum pergi mandi, tapi lepass tuuu, man spek? mana spekkkkkkkkkkkkkkkkk............. spek still baru lagiiiii. haih. dan ini lah yang mula menggangu lagi mood. grrrrr

2. setelah sepanjang hari waktu siang tidak makan makanan berat dek kerana dah makan roti dan macam-macam lagi makanan ringan yang dimakan secara pukal lalu kadang-kadang rasa kenyang lah pulak, jadi tiba-tiba lepas main netball-gelakgelak petang tadi, rasa macam erghhh lapar. sebenarnya sebelum tu dah start rasa lapar. cuma sebelum tu boleh tertahan lagi. tak kisahlah kalau sebelum tu rasa lapar ke tidak ke, sebab persoalan kat sini, bila nya aku rasa tak lapar? like !@#$%^ makan kuat gila gila gila sekarangg. grrrrrr. oh sambung cerita, lepas maghrib sesudah salam kedua, terus siap-siap ke kafe, dengan harapan dapat makan chicken chop rm5.50 bersama air carrot susu yang menyelerakan lah. tapi malangnya, setelah habis air satu gelas besarlah jugak, chicken chop tak sampai-sampai lagi. berbekalkan perasaan yang agak berbeku sebab air yang diperoleh tak seperti yang dijangka, hati dah panas ni mana makanan tak sampai-sampai lagi. yang lain punya makanan pun dah sampai, gua lapar ni der. beberapa minit selepas beku di dalam hati, sampailah makanan yang dah lama rasa macam nak makan. paham lah kan keadaannya bilamana kau dah lamaaa rasa macam nak makan tu, macam mana excitednya kau nak makan makanan tu.
tapi sayangnya, kuah tak rasa. ada lah rasa blackpaper., tapiiiiiiiiiiiiiiiii.............................
iye lah kan, u might say, what do u expect from nice-test chicken chop with only u pay rm5.50. memang laaa... tapi kafe sebelum ni harga sama, tapi sedaaapppp jek. nasib baik kafe tu dah tutup. kalau takkkkk. habis duir gua.
well, to tell u the truth, kalau bab-bab makanan ni, memang aku senang nak naik hottt lebih-lebih lagi bila time tu tengah lapar lapar lapar.!

3.balik bilik, dorang dah siap masak sup sayur. sampai-sampai terus makan sup sayur. paham lah kannn bila kita nak sangat makan something, lepas tu tak puas sebab ada something wrong. rasa tak macam aku rasa time tu? kenyang tapi still rasa nak makan. makan-makan, tiba-tiba rasa macam tawar lah pulak, then aku tambah la garam sikit. nasib baik dorang tinggalkan amount yang cukup untuk aku lah kan. dah tu sebab masin sangat, tiba-tiba tak selera nak makan lagi. my bad. sudahnya roommate aku yang habiskan sup tu siap batuk batuk lagi sebab masin. hahhhh. sorry kak.. hihihihi. so pengajarannya adik-adik, jangan masak waktu hati sedang tidak ikhlas. kalau malas masak, marah lah sebelum masak, nanti otometik hati tak ikhlas, kemudian, kalau memang malas nak masak hari-hari, marah lah hari hari lepas tu muka pun cepat kedut. haaa mana kau nak? malas masak ke muka cepat kedutt? (fatin lepas ni sila rajin masak. hehh)

4. mintak roommate belikan teh ais. sebab rasa macam nakkkk sangat minum air teh ais. sebab dah lamaaa tak minum teh ais. beberapa minit selepas tunggu, tiba-tiba yey zaty dah balik! tiba-tiba bukak bukak, ini teh o aissss!! tapi time dah redho lah lepas bagi orang makan sup masin. hikssss. ini pun dah kali kedua order teh ais dapat teh o ais. fine, hari ni banyak dugaan. bukan hari, tapi malam. iskk.

tak kisah lah sebab sekarang dah okk pun lepas jiran bilik sebelah bawak makanan dari rumah dia masak sendiri pehhh sedap gila gua cakap sama lu. terima kasih terima kasih terima kasih. :')

maka dengan itu, tibalah masa untuk saya tidur sambil menghafal notes german. kihkih



pssssst : spek mana spekkkkk??

pssst pssst : hadiah apa yang sesai untuk birthday?

Tiada ulasan: