Selasa, 12 April 2011

2 down, 4 to go.

setelah dua hari berlalu maka dua paper telah tumbang. tumbang dalam medan peperangan katanya. tapi yang tumbang tu mungkinkah papaer tersebut atau haku-sebab-soalan-susahhhhhhhh?
baiklah kita abaikan yang terlah berlalu. usaha sudah, jawab sudah. cuma kini hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk paper subjek yang telah lepas. 

1. german
tiba-tiba rasa macam tinggal kat german waktu jawab paper german semalam sebab banyak jugak sebenarnya word yang tak faham maksud. lagi-lagi bila soalan suruh letakkan jantina kepada nouns yang telah diberikan dan buat juga dalam bentuk plural forms. adatlah ada yang boleh jawab ada yang tak boleh jawab. tapi semalam boleh kata first time dalam pengalaman exam lah keluar awal dari dewan. sebab sebelum ni, walau macam mana susah pun exam, aku akan stay jugak sampai habis waktu. mungkin dalam waktu tu boleh nak goreng-goreng lagi ke. tapi kekdahnya, kalau subjek bahasa asing, kalau kau dah stuck tak tau maksud ke apa, nak goreng pun tak boleh sebab kau nak goreng dalam bahasa apa lagi??
tapi sebenarnya belajar german ni best jugak. satu, sebab tak perlu nak hafal word baru sebab guna tulisan rumi abc ni jugak. dua, bunyi dia kadang-kadang kau boleh teka sebab lebih kurang macam english, cuma lebih baku. tiga, mana tau nanti-nanti calon suami orang german, boleh cakap ich liebe dich selalu. errr. empat, perkataan dia ada macam makanan. contoh: langsam. langsam macam nama laksam kalau sekali dengar, bukan? tapi malangnya, nama nya tak seindah rupa kerana langsam itu bukan laksam maksudnya, tapi lampi.

2. falsafah ilmu.
falsafah ilmu ni lebih kurang macam sejarah jugak kadang-kadang. lepas tu penggunaan bahasa dia pun boleh tahan lenggok, sampai baca pun kepala ikut terlenggok-lenggok sama tahan mengantuk. nak minum nescafe, kang muntah lagi. haa cane? kalau sekolah dulu, sejarah adalah antara subjek yang aku susah nak catch up. buku dah berseri dah penuh highlight warna kuning pink hijau, tapi stillllllll dapat C. nasib waktu pmr dengan spm dapat A. hehhh

dan lusa dan hari seterusnya akan dilalui dengan subjek yang agak mencabar. 

dan antara salah satu cabarannya sebelum jawab paper park management terutamanya, nanti dalam exam nak jawab apa? 

sebab blur lah maka sekarang, kau-sedarlah-diri-fatin-study-lah-exam-belum-habis-hoi!


fineeee. 



psssst : unpredictable. 
bukankah ini antara pengalaman yang mengujakan, menarik, menyeronokkan dan me me yang lain?
oh, btw, this 'carrie junior' named Mawar. later later i tell u about elephants yang comel, serius comel macam carie junior. :)


pssst pssst : spek dari hari tu belum jumpa lagi.... :'(

Tiada ulasan: