Selasa, 22 Mac 2011

sekejaaap je.

sepatutnya malam ni nak stay up, study mana-mana yang patut, siapkan assignments yang tinggal dan yang sewaktu dengannya. macam biasa lah, common student life. tapi, at one point, tengah study study, stuck up nak blogging jugak. padahal kerja melambak lagi sampai tak tau where to start first. itu lah yang dinamakan, assignments dianak tirikan, blog dianak sendirikan. (??) ok, sekejap je.

untuk beberapa perkara, aku tak faham kenapa orang sampai nak fanatik sangat terhadap sesuatu. mungkin juga tak seberapa fanatik, tapi akan dilihat sebagai fanatik bilamana tiba-tiba nak melatah akan sesuatu perkara sedangkan perkara tu tak diungkit langsung pun. kita ambik contoh yang paling mudah, yang mana berlaku kat mana-mana tempat/negara, pun. politik. ya, politik tu penting. dan pada dasarnya, mana-mana parti politik pun semua berasaskan perkara-perkara yang betul, yang baik. cuma, orang-orang yang menjalankan tu yang spoilkan politik tu sendiri. sifat manusia. everyone knows macam mana. kalau siapa-siapa pernah baca entry aku yang dulu-dulu, tau lah kot aku ni tak minat politik. neutral je. 

pernah dulu ada sorang ni kawan lah kira nya. fanatik sangat towards parti tu aku ke aku tak tau lah. pernah dulu aku ada cakap pasal orang yang bertudung labuh and the perangai dorang terhadap orang-orang macam aku yang pakai tudung pun biasa-biasa je. diri ni pun tak sempurna. padahal aku cakap tu tak ada nak fikir pasal politik ke apa ke, just about the opinion pasal orang tu herself terhadap aku. tiba-tiba boleh pulak kawan aku tu kata aku sebenarnya nak perli parti yang dia pegang and sokong what so ever tu. like what the...? dah tu, kalau aku cakap pasal perempuan cantik, kau nak kata aku lesbo la? aku nak sembang-sembang pasal politik? wrong person, baby. better aku sembang pasal suami idaman ke pasal macam mana nak cari duit ke, macam mana nak dapat suami kaya ke.. errrr.

tu yang aku tak faham. dan aku memang tak nak faham pun. makin dilayan, makin menjadi. makin kita pulak dicari kesalahan, dituduh itu ini. better duduk diam-diam.  

nak fanatik tak salah, 
tapi jangan sampai bawak pergaduhan.
nak fanatik tak salah, 
tapi jangan sampai membelakangkan agama. 
nak fanatik tak salah, 
tapi biarlah membawa ke arah kebaikan.

bukankah agama itu tunjang hidup, penunjuk jalan?




eh, tadi kata sekejap je kan? 



pssst : in anything i do, please correct me when i'm wrong. tq. :)

Tiada ulasan: