Khamis, 31 Mac 2011

rupa-rupanya seronok juga siapkan kerja dekat rumah, atau dalam kata lain,

buat kerja-tengok tv-line laju.

sudah lah, fatin. padahal nak kata ada kat rumah. :P

baru sampai rumah petang tadi. macam biasa, lepas 6jam dalam bas, baru sampai rumah. dugaan lah jugak dalam bas tadi. mungkin bas tu dah lama, tapi agak-agak la kalau sampai keselesaan penumpang pun tak terjaga. perjalanan jauh, tapi tak selesa, kekdahnya macam mana nak tidur selesa kalau seat tak boleh nak jatuhkan ke belakang. ok fine, nak tidur boleh je, tapi badan kena straight. tapi at least bagus jugak, boleh latih untuk duduk tegak, tak ada bongkok-bongkok. :P

lately kenapa entah, asyik nak tidoooooo je. dalam bas tadi tak payah cakap lah, bas gerak sikit, dah boleh lelap. cuma asyik terjagalah sebab lenguh badan. tapi all in all, sepanjang perjalanan tadi, boleh dikatakan tidur memanjanglah.
masalah aku lately, kuat tidur, kuat makan. kalau kuat tidur je, tapi tak kuat makan, boleh consider lagi sebab dulu aku pernah dengar tu salah satu cara yang boleh kurus. tapi kalau dah kuat tido, makan pun kuat jugak, cuba bagitau aku macam mana aku nak kurus? people might say, aku dah kurus sekarang, nak kurus macam mana lagi. tapi entah lah, kita yang dapat rasa macam mana bila kita kurus, macam mana bila kita sebaliknya. kadang-kadang it's not about beauty bila kita nak kurus, tapi about senang nak bergerak ke tak, bla bla bla. (ok sekarang aku malas nak fikir. ngantuk, tapi nak update. itu namanya gatal tangan, mata diabaikan.)
tapi tak ada lah sampai kurus melampau keding nampak tulang dan yang sewaktu. kang nak duduk pun sakit vontot sebab ada tulang je tak ada isi. tak ke seksaaa.

ok sudahlah.
hari ni ada lah jugak malukan diri time dalam bas tadi, tapi harapnya tak ada yang perasan. nasib baik dalam bas tadi tak ramai orang. fuhhh.

plan nak balik uni lambat sikit, sebab minggu depan study week, tapi gila hapa nak study week kat rumah sebab aku tak rasa minggu tu akan jadi study-books week, tapi akan jadi study-tv week takpun study-jalan week, tak pun study-makanan week. tapi yang penting akan berlaku lebih banyak study-mimpi week.

dem.

pssst : kepada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan contact lens, tempahan akan dilayan, tetapi penghantaran akan dilewatkan disebabkan final exam hampir tiba. harap maklum. terima kasih. :)

tiba-tiba rasa macam nak letak gambar. :P

Tiada ulasan: