Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 8 Februari 2011

tips la sangat : dah penat tersedu sedu dari tadi tapi tak hilang-hilang?

setelah sekian lama tak ada tips, maka hari ini kembali kita pada tips untuk hari ni, sedu sedu. *peh, tiba-tiba rasa macam segment mari sihat*

dulu waktu kecik-kecik, antara yang paling tension adalah bila tersedu, nak ak bila lepas makan ke, lepas minum air ke.. sebab lepas tu air yang dah diminum tu akan keluar balik. (dalam kes aku la.. kes orang lain aku tak tau :P)
dan tension lagi sebab lenguhhhh dada sebab kena tahan sedu, lagi lagi bila sedu tu bunyi kuat. dah la lenguh kena tahan dada, lenguh kena tehan muka sebab malu lagi. pernah rasa tak? pernah rasa tak?

dulu, bila sedu je, orang tua-tua kata kaedahnya salah satu sebabnya berlaku sebab nak membesar. tak tau lah besar yang macam mana, tinggi kah? melebar kah? tapi dulu sebab angan-angan nak tinggi, bila sedu je, redha... lagi keji bila tengok kawan sedu, tapi aku tak sedu, jeles habis sebab rasa tak akan jadi tinggi. cuba kalau dulu dalam mind set kata bila sedu akan jadi melebar, mau meroyann... err, tapi dulu mana tau istilah gemuk ke hape. asal boleh makan, ngapp je lah. ehh

dan lagi satu, ada jugak yang kata, bila sedu ni sebab kurang minum air. so, sebab tu antara solution untuk hilangkan sedu dengan minum air. atau mungkin sebab solutin untuk hilangkan sedu adalah dengan meminum air, maka, dikaitkan sedu adalah berpunca dari kurang minum air. 

atau, ada siapa-siapa yang tau kenapa kita tersedu?? share lah. :)

eh, tadi nak cakap pasal tips nak hilangkan sedu sedu huk huk kan?

dah common dengar bila sedu je, minum air bila sedu je minum air banyak-banyak. tapi pernah tak, kau dah minum air banyak gilaaa, tapi stillll sedu sedu. 
ok, lepas ni mari kita cuba dengan cara ni pula. 

MARAH orang yang sedanng sedu tu secara tiba-tiba. (serius aku dah pernah kena dan aku pun dah pernah buat kat orang lain, dan kaedahnya macam tak mengecawakan lah setakat ni.)

dulu aku tuisyen untuk english subject dengan jiran aku nih. indian. kitorang panggil dia aunty chitra. 
macam mana entah, hari tu kaedahnya hari sedu tersedu agaknya sampai aunty tu pun tension dengar aku sedu sedu. kalau sedu biasa tu tak kisah lah kaedahnya, tapi kalau dah sampai bunyi kuat huk huk tu, bukan setakat kau je yang tension, orang yang dengar tu pun tension sekali. mengganggu keadaan lah jugak. 
tengah mengajar, tiba-tiba aunty tu cakap ok kita rehat dulu. 
aku ni dah kata rehat, dah memang masa ditunggu-tunggu kan, rehat lah dekat sofa kat ruang tamu. (dasar kan, rumah orang boleh buat macam rumah sendiri. :P) aunty tu pun ada sekali, waktu tu aunty tu baik je, tanya-tanya pasal sekolah.. tak lama lepas tu, tiba-tiba dia marah aku tapi aku tak rasa buat salah pun. memang tak buat salah pape. tapi tak ada lah sampai tengking, kan. marah yanng just ala-ala boleh buat kau terkejut je. 
dan dan time time tu jugak dah tak sedu. serius. tak lama lepas tu, aunty tu cakap lah yang dia saje marah aku sebab nak suruh hilang sedu tu je. waktu kejadian ni aku darjah 2 kalau tak silap. ke darjah 3. 
mungkin sebab terkejut sedu tu hilang, atau mungkin atas sebab-sebab yang lain jugak.

tapi kaedahnya, kau tak payah lah sampai beria marah orang yang tersedu tuh tengking-tengking bagai, tak pasal-pasal malu plak kang orang tuu. light-light je. 

pssst : kaedah ni mungkin tidak sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit jantung tegar, pen-sensitif tegar dan tegar-tegar lain yang berkaitan. errrrr


pssst pssst : atau, korang ada pengalaman lain ke, tips lain ke, share lah! :)


Tiada ulasan: