Khamis, 17 Februari 2011

test test test.

alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang diberi sehingga ke hari ini. :')

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

"barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan pada tiap-tiap sesuatu."


nak berblog sebenarnya, banyak yang nak catatkan di belog sendiri sebagai kenangan dan ingatan pada masa depan-depan. sebab kalau nak harapkan diari memang harapannnn sangat-sangat lah. awal-awal tahun je semangat beli diari sebab tengok orang semangat beli diari dan mungkin jugak sebab terpengaruh tengok banyak sangat diari yang dijual kat kedai-kedai buku. (pehh, teringat dulu dulu nak date pun port paling best kat kedai buku jek. tak boleh blah langsung. budak skema kataaaa.)

tapi tak boleh lagi nak luangkan masa betul-betul untuk belog sebab lusa ada test. tapi banyak gilaaa lagi yang belum baca, tapi boleh lagi nak onlineee. macam mana tu kaedahnya?

ok dah. nak tidur, harap-harap malam ni boleh tidur setelah beberapa malam mengalami masalah susah nak tidur. memang hazab kan bilamana kau dah memang mengantuk. mengantuk yang sangat-sangat, tapi tak boleh nak lelap. pehh, rasa macam nak makan orang perasaan dia.

ehh, tadi plan nak tulis 2 3 baris jek, tapi apahal boleh sampai 2 3 perenggan ni???


psst : doakan aku dapat jawab test dengan baik, pleaseeee. tq. :')

Tiada ulasan: