Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 5 Februari 2011

siri malu part 2

sejak bila entah aku buat part-part. entry sebelum ni yang sepatutnya ada part pun still belum ter-update.
katanya banyak kerja, tapi hari ni sahaja dah up 3 entry. tapi takpe ini salah satu cara untuk kuruskan jari yang semakin mengembang tak hingat. taknak fikir pasal berat badan, nanti makin down. hehh.

kita sambung part malu memalukan diri ni lagi. ingat lagi, dulu wakktu sekolah rendah, ada budak laki kelas aku ni macam pemalu sikit. tapi sekarang tak tau sebab memang tak contact pun. konon macam missed in action lah kiranya. supaya nanti kalau suatu hari nanti buat reunion ke, bila nampak aku terus terpegun wahhh cunnyaaa. (memang tak laa!)
sebab dia pemalu, bila orang usik-usik dia ke, kemudian gelakkan dia pulak, dia jadi tak tentu arah. nasib baik ada cikgu, tak ada lah diusikkan oleh kawan-kawan sangat. lalu, cikgu berkata, 'sudah lah.. tengok dia sudah kemaluan.'.. memang lagi malu lah budak tuuuu sebab kitorang bantai gelak lagi dan lagi.

memalukan diri adalah salah satu cara yang dapat meningkatkan keyakinan diri
-syaimaa garau. opsss. :P

agak-agak boleh guna pakai ke quotes tu?

malu 1 :
sabtu bertarikh 29hb telah berlangsungnya perkahwinan kakak member aku since form 1, diana, dekat kemaman. sebab jarak pun tak ada lah jauh mana, dan dia pun selalu datang rumah, takkan tak pergi  undangan tu. niat nak pergi pagi naik bas, tapi tiba-tiba rasa macam nak hold dulu. tak cukup tidur lagi pun ye. kakaknye sanding pukul 3, lepas zohor sempat lah aku gerak tunggu bas kat depan. nak drive, sebab nak tidur sana, tambah pulak ibu nak guna kereta, terpaksa lah redha naik bas. 
tunggu punya tunggu, dah 1 jam, tapi bas stilllll tak datang. aku dah cuak ni, kang tak sempat kangg nak tengok orang sanding. tak lama lepas tu, kawan diana call kata nak datang ambik. terus lega. tapi aku bukan kenal sangat pun kawan dia, pernah lah jumpa sekali dua, mana nak ingat muka. 

tunggu.

tak lama lepas tu, tiba-tiba ada sebuah kereta ni berhenti depan aku. aku dah la tengah gabra, lagi pulak kawan diana ni tak sampai-sampai lagi. tiba-tiba macam mana entah aku terpandang kat kereta tu. kat tempat seat co-driver tu ada lah sorang laki ni. tiba-tiba dia lambai aku. aku pulak macam mana entah boleh ter-react macam 'ehh, ni kawan diana rasanya..' lalu senyum lepas tu buat muka like, 'hhaaa, kau sampai pun' (boleh imagine tak macam mana?). lalu aku berdiri konon-konon nak pergi kat kereta tu la kan. tapi kepala hotak haku akhirnya berfungsi seperti sedia kala, ehhh, ni bukann sebab aku baru perasan yang driver kereta tuh turun pergi beli surat khabar. malu tu tak payah cakap lahhhh. aku yang tiba-tiba berdiri tuh just boleh cover bangun dari tempat duduk-turn right untuk pastikan kawan diana dah sampai ke belum. tapi dalam cover-cover tu akustill nampak lah yang mamat tuh gelakkan aku baik punya. 

kalau kau kat tempat aku waktu tu, kau buat apa??


malu 2 : 

waktu cuti kalau tak berjalan memang tak sah. sebab bila dah balik uni, bukan lah tak berjalan langsung, cuma kalau nak berjalan ttu kena fikir dua tiga kali jugak tang kewangan yang adaa. 
jadi, kan dulu aku pernah cakap pasal renew ic, kan? then hari tu aku sepatutnya nak pergi ambik ic baru lah. tapi malangnya, aku tak bawak ic lama untuk return balik. sama ada aku nak ambik ic baru tapi dengan syarat kena bayar rm100, atau balik rumah dulu ambik ic lama, lepastu baru ambik ic baru. untuk aku nak bayar rm100 tu memang tak la. banyak pulak duit hakuuuuu. jadinya, aku decide nanti-nanti lah pulak aku balik ambik ic baru sebab dari rumah aku nak ke tempat tu 20 minit lah jugak. lagipun, kalau kereta isi air pun boleh jalan, aku sanggup je patah balik. tapi minyak pun dah naik harga, hingat haku sanggup nak patah balik?? memang tak laaa!

dah alang-alang dekat dungun, aku pun pergi dengan jiran aku, so cari lah barang sekali. sebelum balik, dia ajak pergi watsons nak beli lens solution. 
tiba-tiba time nak bayar, cashier tu tanya jiran aku. aku pun memang lah dengar sebab aku duk sebelah dia je. 

cashier : bla bla bla..
jiran aku : tak ada. 
aku (dengan gelabag for sure) : ada, ada.. jap jap.

at the moment, 2 cashierss, jiran aku, dengan lagi sorang yang nak bayar were looking and waiting for me. aku cari lah laju-laju duit syiling. sekali, orang cashier tu tanya lagi,

cashier : ada kad watsons tak??
aku : ohh, takde. hehe


dem, kenapa aku dengar duit syiling?????

dan, kau pun boleh bayangkan macam mana reaksi dorang, 
gelak laaa! apa lagiiiiiiii...
dan kalau kau kat tempat aku waktu tu, kau buat apa????



haih, kenapa lah hidup aku messy semacam. 


pssst : rasa macam nak makan nasik minyak orang kawin lah. siapa-siapa area kelantan yang nak kawin, jemput lahhh akuuuu.. :P

Tiada ulasan: