Khamis, 10 Februari 2011

kucingmu bukan kucingku.

even since aku kecik, aku tak tau kenapa takutt sangat dengan kucing. geli pun ya jugak. kiranya macam complete tahap tak suka kucing. aku tak tau kenapa, mungkin kah ada fobia atas sebab kejadian kena cakar dengan kucing ke apa, still tak ingat. mungkin jugak seab geli tahap paling tinggi sebab kan bila pegang kucing akan rasa tulang tulang badan tu. atau sebenarnya dah memang dasar penakut kannnnn.... errrr.

even dari dulu sampai sekarang pun, tengah makan dekat kedai makan pun, bila nampak kucing pun dah tak tenang hidup, selera terbantut semacam. kaedahnya bila dah sekali nampak kucing, bila kucing ada kat belakang pun rasa selalu nak toleh toleh sebab tahap imagination pasal kucing ni adalah kritikal iaitu aku akan terfikir semacam kucing tu berlari-lari ke arah aku lalu nak terkam aku macam harimau terkam mangsa. selalu je nak elak imagination macam tu, tapi stillllllllllll imagine jugak.

dulu even until now, bila tengok kawan-kawan bermanja dengan kucing ke apa, ada lah jugak perasaan nak belai-belai kucing jugak. tapi setakat gosok kat atas kepala guna dua tiga jari je tu punnnn dah cuak. tambah lagi bila dorang agah-agah kucing dekat aku, lagiiiiii lah haru. rasa macam nak tercabut jantung kadang-kadang. kiranya kalau tiba-tiba ada orang snap candid picture aku waktu tu, memang akan menang contest. yeah, contest candid paling buruk dan menjadi.

still ingat lagi, waktu sekolah form 4 dengan form 5 dulu, dewan selera sekolah aku memang kaya. yeah, kaya dengan kucing. kalau kucing jinak-jinak tu boleh consider lagi, tapi kalau dah kucing tu pun dah sama level dengan apa yang aku imagine-kan, cuba bayangkan perasaan aku time makan macam mana.
pernah ada satu hari ni, lepas beratur ambik makanan, macam biasalah akan emninjau-ninjau mencari tempat duduk untuk makan. time tu dah la lapar, lepas tu kena cover-cover lagi, kot kot ada secret admire ushar dari jauh (ada ke?? memang tak laaa.), tiba-tiba aku dah nampak kucing-kucing dari jauh. mula-mula aku buat dek je lah. tapi tiba-tiba time aku lalu kat kucing-kucing tu jugakk lahh, tiba-tiba kucing tu cakar-cakar nak panjat kain aku. scaryyyyyyyyy. tak lain dan tak bukan, solution nya adalah menjerit. tak heran dah orang pandang ke apa, nasik macam mana, yang penting hoiii ko nampak tak ada kucing tengah cakar kain aku niiiiiiii. lepas tu, makan pun ala-ala je. dan jugak laju-laju.

lagi ada satu kes ni, kat dewan selera jugak lah. dulu tak sabar nak habis kelas cepat-cepat waktu period akhir sebab taknak beratur panjang-panjang time nak ambik makanan. lagi-lagi kalau hari tu menu lauk best, lagi tak nak kalah. kalau time tu balik sekali ramai-ramai dengan budak kelas lain pun,, sanggup maraton jalan laju-laju supaya sampai dulu. lepas tu cop barisan untuk budak-budak kelas sekali. haha.
hari tu lapar gilaaa. nasik ayam pulak tu. baru start makan, tiba-tiba ada sekor kucing ni melompat atas peha aku, dan seperti biasa, solutionnya ada hanya dengan menjerit, dan sebab kucing tu kat atas peha, apa lagi, bangun lahhh. dan dan time time tu jugak selera makan terbantut. nasik yang tak berapa nak luak pun aku buang terus balik bilik.
see, aku pun tak faham kenapa. perangai macam tu otometik tau. tapi aku tak ada lah sampai nak aniaya kucing pukul-pukul kucing semua. just avoiding cats.

itu pun nasib baiik aku tak kena birthday prank macam kawan aku. tiba-tiba ada kucing bawah meja dia keluar ramai-ramai waktu tengah belajar. kalau kena kat aku, aku tak tau apa yang akan berlaku, dan yang penting, macam mana muka aku waktu tu, ngeri nak imagine.

tapi itu lah, tiba-tiba rasa nak cerita pasal kucing, sebab siang tadi tidur mimpi mengaruttt gilaaa.
tengah0tengah tidur aku boleh mengigau angkat kaki dan macam tadi aku dah cakap, solution tiap kali takut dikacau kucing hanya dengan menjerit. nasib baik just roommate aku je, cuba kalau time tu aku tertidur in public dan aku mimpi dan termengigau angkat kaki menjerit macam tadi,

kaedahnya aku tak nak langsung imagine apa yang akan berlaku. sebab memang komfem komfem malu la hoiii.

dan kaedahnya, kalau kau rasa kucing tu comel gilaaaa pun, tapi still sama. aku akan tetap cuak cuak cuak bila jumpa kucing. cuma mungkin satu kucing je lah yang aku tak takut. garfield. itu pn make sure garfield tu memang bukan betul-betul kucing.


pssst : dulu sekolah sekolah bajet tak lalu makan sebab kucing, tapi stillllll gemukkkk. why eh?

2 ulasan:

nur aisya humaira berkata...

hoho...sme laa,sye pn tk suke kucing...tpi kucing baby laa..geli tahap nak makn pn tk leh klu da tgk...terbayang macam tikus je...huhu

FatinSyahirah berkata...

aisya : kann.. memang geli geli geli. anak kucing lagi lah tak boleh. sama lah jugak dengan anak arnab.. eee