Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 5 Februari 2011

4 februari 2011.

waktu sekolah dulu kala, setiap kali cikgu suruh eja bula feb je, komfius antara nak eja febuari ke februari. even sampai sekarangg pun still komfius. sebab tu kalau tulis tarikh untuk hantar kerja sekolah, just tulis 4.2, 4/2, 4th feb tu macam jarang jarang batang hidung je nak nampak.
lepas tu, lagi satu, kalau pergi sekolah hari tu 4 feb, mesti bersemangatt habis. perasan akan ada orang ingat hari ni besday aku woiii. lepas tu sampai jek sekolah terus tengok bawah meja kot-kot ada surprise ke, ada hadiah ke, tapi sayangnya sebab kecik-kecik pun dah materialistik, harapan tinggal harapan hadiah tak ada. bukan sebab tak diingati, tapi sebab nanti kawan-kawan akan datang rumah nak celebrate. alahai, tapi tahun paling akhir jemput kawan-kawan datang rumah pun waktu darjah 6.

pejam celik pejam celik sekarang dah berumur 21 tahun pun saya.
alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur, segala nikmat yang dicurahkan, alhamdulillah syukur.
malah untuk setiap pengajaran yang telah dilalui, semoga lebih mematangkan dan membaikkan. :')

rasa macam sekejap. yeahh, the feeling melalui detik-detik hari lahir kat rumah memang syahdu. tapi dalam kesyahduan tu, tak sempat nak rasa syahdu lama-lama sebab petangnya dah gerak balik kelantan, tapi pagi tu dah gerak pergi kuala terengganu. dalam perjalanan ke kuala terengganu pun dah rasa homesick, tapi macho tetap macho. sampai-sampai bilik, sebab kena tidur sorang je, trus rasa macam alahaiii~


dalam kereta, dalam perjalanan ke kuala terengganu. 
sepatutnya naik bas, tapi tiba-tiba adik nak hantar, kan.. memang tak perlu tolak lah.. :P
ohh, sila abaikan 'taik lalat' itu. :P


dah lah, 
tengah lapar. idea yang ada pun, terus tak ada diatasi rasa lapar. haihhh. 


pssst : nanti baru update betul-betul punya. hihi

pssst psstt : apa lagi, sila lah pos hadiahhhh. lalalala~

2 ulasan:

Kuasai minda berkata...

Salam buat Fatin.
Selamat hari lahir, moga segala yang dicitakan akan menjadi kenyataan....

FatinSyahirah berkata...

kuasai minda : terima kasih.. :)