Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 16 Januari 2011

setiap yang berlaku tu sememangnya ada hikmah terselindung di sebaliknya. tak kisah lah sama ada dugaan tu datang dari segi apa skali pun, pasti ada hikmah yang kita tak tau. atau mungkin akan kebaikan yang kita akan dapat.
kita tak tau. tapi Allah tau. :)

isk. baiklah. straight to the point. entry ni mungkin bertujuan untuk sedapkan hati sendiri dan mungkin jugak untuk cakap pada diri sendiri. sabar sabar sabar.
kalau ada yang terbaca dan follow up cerita pasal luka kat muka ni, mungkin boleh agak lah kot sebab apa aku down malam ni. ish. tengok, nak tulis apa pun tak tau sebab memang down. nak buat slide untuk presentation pun tak ada idea mati kutu sebab down down down.

luka dah nak baik. tapi kenapa eh luka yang bawah dagu ni jadi timbul yang macam taik lalat phua chu kang. dapat bayangkan tak macam mana? cuma bayangkan sikit warna taik lalat tu warna merah darah yang kering. lepas tu, dah kering. lepas tu keluar pergi makan, beli barang, library.
semua orang nak pandang.
fine lah kalau orang nak pandang aku. sebab bila lagi orang nak pandang kalau bukan waktu ni.

tapi perlu ke;

situasi 1.
beli barang dekat pantai timur. beratur bayar dekat cashier. time bayar, orang yang jaga cashier tu nak tanya apa entah. dah lupa, tapi bukan pandang mata. tapi terus pandang ke taik lalat palsu sambil tanya. down.

situasi 2.
pergi library. konon nak buat discussion untuk slide presentation nanti. dah dapat tempat, tiba-tiba ada group junior datang, dalam 4 orang macam tu lah. duduk sebelah aku yang memang kebetulan ada tempat kosong, muat lah untuk 4 orang tu duduk diskus jugak. dah duduk, tiba-tiba empat-empat pandang aku. ok lah, dengan lebih tepat, pandang taik lalat palsu lagi. pandang yang macam pelik dan macam lama lah jugak kaedahnya macam nak tilik satu-satu kat muka aku ni haaaa. dem. down lagi.

situasi 3.
situasi 4.
situasi 5.


ahhh. tak payah lah nak cerita lagi. copy paste je situasi 1 dan situasi 2 tadi. cuma copy paste banyak sikit perkataan DOWN tadi.




ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
dah la tadi kat library ada ehemehem.












































DOWN.



dah la rasa macam tak sedap hati.

4 ulasan:

Qa berkata...

dik..ehem2 yang tu pon tak dapat nak bg kurang down ke?

FatinSyahirah berkata...

qa : hahaha. makin tambah ade. wakakakaka

neyra shazeyra berkata...

ada plak ehem2. hahahaha dear, check ur email. i buat payment da

FatinSyahirah berkata...

neyra : haha. ishhk.