Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 4 Januari 2011

melayu yang bagaimana?

karam singh walia hina melayu? nak tengok video dia? cari lah. dekat you-tube ada. aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan sewaktu tengok video tu. sedih ada, takut ada.

kita melenting bilamana melayu dihina.
kita marah bilamana melayu diperkotak-katikkan.
kita menggelupur bilamana melayu dicaci.
kita panassss bilamana melayu dimaki, dilempar kata-kata kesat.

terutama yang dilemparkan, yang diluahkan oleh bangsa yang bukan melayu.
tapi makian yang dilemparkan oleh melayu sendiri, melenting tak??

tapi kita lihat balik pada puncanya. sekarang, kita lihat senario yang berlaku.
melayu, tidak boleh lihat melayu itu sediri senang.
melayu, lebih suka melihat melayu sendiri susah.

Perasaan Hasad Dengki yang penuh di dada. sesetengah melayu, bilamana dengki itu berlesuasa di dalam jiwa, maka tak senang duduk lah diri. lepas tu, jaja pulak cerita bukan-bukan kepada bangsa lain sebab tak puas hati dengan bangsa sendiri. dan akhirnya, melayu digelakkan. senang kan?
jadi, punca nya siapa? melayu jugak. kan?
kalau ye pun cerita yang dijaja tu betul, kenapa tak diperbetulkan saje keadaan tu? kenapa nak lebih memburukkan lagi keadaan?

aku bukan nak memperlekehkan bangsa aku sendiri. tapi tu lah, kita pun kena tengok pada realiti jugak. siapa tak marah kalau dihina. tapi handle lah dengan cara baik, cara yang boleh buat orang tukar impression negatif terhadap kita, bangsa kita, kepada lebih positif. bukan dengan cara jerit-jerit macam tu. tak ke lebih nampak.... errr. sila sambung ayat sendiri.


pssst : mengapa harus dipentingkan adat bangsa berbanding agama yang menjamin hari akhirat kelak?

4 ulasan:

bact berkata...

dr M ckp mudah lupa..
rilek je..
hahaha

FatinSyahirah berkata...

bact : hahahahaha

bungakuning . berkata...

betul apa yg u cakap .
lebih baik agungkan agama dapipada memartabatkan budaya .

FatinSyahirah berkata...

bungakuning : hehe. :)