Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 10 Januari 2011

masin mulut.

masin mulut adalah bukan sebab makan garam terlebih atau makan ikan masin ter-overload. tapi maksud kat sini, cakap pasal something, terus jadik. gara-gara terlalu makan garam lah, mungkin. (eh, tadi kata bukan sebab makan garam.)

pada awalnya hajat di hati taknak bagitau ibu pasal aku join basketball. sebab pada dasarnya, aku memang dah disekat daripada join sukan yang melibatkan lari-lari ni since form 5 lagi. sebab waktu tu memang banyak kali injured, banyak kali jatuh. badan sakit-sakit. cuti pun kadang-kadang nak dekat sebulan. pantang daripada minum ais pun hampir setahun aku tahan nafsu minum ais. tapi bila fikir-fikir balik, dulu kalah olahraga peringkat negeri, terus sabitkan alasan join olahraga diam-diam tak bagitau ibu. jadi, semalam ibu pun call on the spot time kat padang, nak tak nak, kena bagitau lah. alasan yang digunakan sebab tak cukup orang. padahal dah memang tergedik-gedik nak main basketball.

ibu kata, "mainlah.. kang hilang nak cantik-cantik, jalan jadi terhincut-hincut" (cantik ke??) :P

tadi main, tak sampai half time, injured pinggang time lompat nak rebut bola. munkin sebab warm up tak complete kot. terpaksa keluar court sebab sakit badan sendiri yang dah memang tak tertanggung.
dulu pernah nak atlet olahraga (angan-angan kena tinggi). time darjah 6 dulu, yang memang gemuk dan pendek tapi taktau boleh lari wakil sekolah acara pecut, try lah pergi pemilihan untuk ke sekolah bukit jalil. patutlah tak dapat. mungkin sebab;

1. badan gemuk gedempol tak lepas physical tests.
2. kot-kot nanti injured sana sini, badan sakit-sakit. tapi mungkin tak jugak sebab nanti kalau dah profesional, mesti dah tau step step yang betul.
3. badan gemuk.
4. tinggi tak cukup.
5. kesudahannya, bila ada test untuk lompat paling tinggi boleh cecah, paling tinggi pun paras pintu je. sebab tak larat nak angkat badan dan tinggi tak cukup.


kiranya dulu aku kurus sikit, mungkin sekarang aku lagi femes dari khairul fahmi korang tu. wakakakakakaka. (joking! :P)

Tiada ulasan: