Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 22 Januari 2011

lidah buaya atau kulit kayu manis?

pejam celik pejam celik pajeam celik, dah seminggu 3 hari kejadian tu berlaku. dan sekarang, luka dah kering, cuma tinggal kepingan tertanggal. dan sekarang adalah gigih untuk tau macam mana nak hilangkan parut segala. agak cuak lah sebenarnya nak tunggu sampai luka dan parut boleh betul-betul hilang ke tak,dan sebagainya. itu belum masuk kes kadag-kadang jadi down sebab tiba-tiba self-esteem jatuh merundum bila tengok orang pandang lain macam. tapi pengalaman tu hanya waktu muka bertampal dan waktu luka tu tiba-tiba membuncit macam taik lalat dan nampak macam geli-geli sikit. itu part yang paling down. lain-lain waktu, rasa macam biasa je. terus rasa macam spotlight, orang pandang-pandang. kalau tak, sebelum ni memang tak dipandang lah kan. (macam loser habis dah haku rasa. :P)

tak kisah lah walau apa pun terjadi, setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmah. setiap keburukan yang berlaku tu, pasti ada kebaikan yang kita tak tau kan. untuk dalam kes aku ni, salah satu nya, aku kena lebih berhati-hati. kot ye pun bersemangat sangat, tapi stillll kena berhati-hati. ini nasib baik kena sikit, lama-lama nampak macam taik lalat je. takpun macam jerawat sikit je. kalau hari tu muka terseret kat court tu macam mana. tak ke haru. so, pengajarannya kat sini. utamakan keselamatan.
kebaikan lain, aku jadi makin yakin kot. kot je lah. ada lagi yang lain-lain, cuma sekarang ni rasa macam tak bleh nak fikir sangat. mungkin mengantuk, mungkin malas. konklusinya malas. sekarang asyik malas malas malas malas, lepas tu makan makan makan makan. dan bila gemuk terus rasa macam nak meroyan.

dan disebabkan jatuh hari tu, banyak lah duit berhabis. semata-mata cari jalan untuk pastikan parut tak melekat di muka. beli suplemen, makan pun nak yang mahal-mahal je, pastikan makanan tu tak ada kicap, bla bla seperti biasa lah pantang-pantang supaya luka tak melarat bla bla bla.
dulu, time memula jatuh, aku ter-menangis atas dua sebab.

sebab;
1. sakit.
2. terfikir luka kat muka, takut luka besar dan parut besar tak hilang.

jadi sekarang, ada tak siapa-siapa tau, antara kulit kayu manis dan lidah buaya, yang mana satu boleh hilangkan parut??

buat masa sekarang, so far, aku apply dua-dua. tapi at different time lah. dan dua-dua waktu pakai pedihhh. memang normal ye?


pssst : dah lama ohh nak potong rambut. tapi snetiasa ada halangan. jom klik sini, cuma bayar RM30 JEE untuk POTONG, BASUH DAN BLOW rambut oleh hairsylist!!

10 ulasan:

Alynn Notnot berkata...

omG! tak suka parut!

pakailaa bio oil.

kulit kayu manis kena pakai masa luka tu still basah lagi kan.

tak tau la, my friend la yg ckp.

Datang sini korek hidung! "This is my story".

FatinSyahirah berkata...

alynn : tau takpeeee. memang tak suka kan.
alaaa. ye ke.. takpe2. skarang dah prepare semua dah ni. ada bio oil, ada vitamin e. nak letak tu semua, tapi luka yang hari tu belum tanggal lagi. isk.

areripe berkata...

pakai plaster tu pun nampak cute pa..
hehe!

farid berkata...

pergh..mmg jaga pnampilan btol..:)

FatinSyahirah berkata...

arerip : aww, awww, awww. hahahahaha.

FatinSyahirah berkata...

farid : memamng perlu, kan? first impression org tuu...

Kumbang Jingga berkata...

Nampak seksi plak plaster kt dagu tu..tergoda jap hehehe

FatinSyahirah berkata...

kumbang : aww awww. hahaha
*tetbe rase macam anak ikan mak :P*

si para para berkata...

makan kena pantang jugak tu...

eh macam orang mengandung la pulak..

FatinSyahirah berkata...

si para para : hihi. tu lah, nak cepat hilang parut punya pasal. hadoi.