Sabtu, 29 Januari 2011

keyakinan yang tinggi.

kenapa entah dengan aku lately, dalam sehari kalau tak ada ciri-ciri yang memalukan diri sendiri memang tak sah. sindrom apa ntah, rasa macam errrr.

malu satu :

aku : ibu, ibu, apa bau taik kucing ni. ishh
ibu : mana? mana? aah laa.. mungkin sebab ibu dah bukak pintu belakang awal-awal, kucing dah masuk kot.. habis la..


beberapa minit kemudian,


aku : ibu, apa ni bau taik kucing makin kuat..
ibu : memang betul lah bau taik kucing ni.. adik, cuba bau taik kucing kat mana ni?
adik : amende la.. mana ada bau taik kucing, bau ikan masin ada lah. bau taik kucing ngan ikan masin pun tak boleh nak beza ke?


ok fineeee.*sentap terus*
tapi tahap malu dia tak ada lah bertahap sangat sebab dengan family sendiri. tapi kalau kejadian ni berlaku dengan orang lain, lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal, memang aku tak tau lah mana nak letak muka. orang mungkin lah akan kata, belajar sampai umur boleh jadi mak pun, still tak reti masak ke hape sampai tak reti nak bezakan bau. hehhh.

malu dua :

minggu terakhir sebelum bermulanya mid sem memang penat sungguh. penat yang nak tidur lebih pun tak tenang. siapkan assignment last minit kataaa. tambah lagi, ada satu hari tu kelas non-stop dari pukul8 pagi sampai pukul 10 malam. rehat cuma waktu lunch hour dan maghrib hour. *tiba-tiba feeling budak medic sebab rasa macam hectic semacam. errrr* letih guna otak dengan letih guna tenaga fizikal ni tak sama. bagi aku laa. sebab kalau letih guna fizikal ni boleh tolerate lagi, tapi kalau dah letih guna otak ni, rasa macam nak tolerate tu kena tidur dulu. haha. (apakah maksudnya?)

sebab dah letih, kalau tidur memang tak ada masalah susah nak tidur ke apa. letak kepala atas bantal sekejap, terus tertidur. atau bila-bila masa sahaja peta dunia boleh terbentuk. lagi-lagi lepas luka kat tepi mulut yang still tak rata, lagi lah keupayaan untuk membentuk peta dunia semakin tinggi. dan sebab letih jugak, tidur pun ganas semacam walaupun masih ada unsur sopan di situ.

nasib baik hari khamis tak ada lecture, terus beli tiket balik khamis pagi pukul9.30. biasanya waktu tu baru lepas mandi. tapi sebab pagi tu nak kena hantar assignment, waktu mandi diawalkan. waktu bangun pagi apatah lagi. tapi tak pe dalam bas boleh qada tidur. dah macam terbiasa, setiap kali esoknya nak berjalan jauh naik bas, aku akan stay sampai lewat malam, boleh tidur dalam bas, dengan harapan celik mata banguun tidur je, terus sampai ke destinasi. tapi biasanya harapan tinggal harapan sebab selalu terjaga dari tidur.

khamis lepas, sebaik sahaja naik bas, dapat seat, beberapa minit lepas tu dah boleh terlelap. tiba-tiba ada orang kejutkan, bukak mata, oh, rupanya baru sampai stesen kedua. tiba-tiba orang tu tanya,(dan orang tu budak uni aku)

orang : fatin, fatin.. seat awak nombor berapa? seat awak nombor 16 ke?
aku : tak,. seat saya nombor 11..
orang : tapi seat ni no 16..
aku : oh ye ke... ( malu lah jugak sebab semua orang pandang lepas tu sengih-sengih.)

tidur dalam bas ni memang tak akan lelap kan? asyik terjaga. aku pelik sebab pernah satu malam ni naik bas, ada budak ni boleh tidur mati. orang dah kejutkan dia dengan macam-macam cara, tapi stillll tak bangun-bangun jugak. sampai ada orang ingatkan dia dah meninggal. haha.
dalam pada asyik terjaga, aku selalu terperasan posisi tidur aku agak mencabar kesopanan. patutlah ana kata aku tidur nampak lawak time dalam bas. demm. adakah ini bermakna jodoh dalam bas mungkin tiada?
dan sebab pagi tu aku penat semacam sampai dalam waktu yang sekejap je dah boleh lelap, aku harap dalam perjalanan khamis lepas aku tak sempat nak buat peta dunia. tolonglah, walaupun aku tau harapan tu mungkin hanya tinggal harapan.


ayat standard bila malu : takpe, lepas ni tak jumpa dah pun. :P

pssst : nampaknya sekarang perut dah berani membuncit. haishhhhhhhhh.

Tiada ulasan: