Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 10 Januari 2011

hari ini dan semalam.

tiba-tiba teringat berita perdana tv 1 dulu-dulu, ada segmen hari ni dan semalam. (ye ke eh? aku pun ingat-ingat lupa. :P)
baru first game main semalam, hari ni dah demam. demam yang rasa macam nak rehattt je. demam yang asyik peninggg je. yang tak tension pun jadi tension. aku jenis yang jarang demam. dan tak perasan diri sendiri demam sebab rasa macam sihat sepanjang masa, kecuali untuk sakit-sakit lain tu, kadang-kadang tak boleh nak elak lah. tak tau kenapa demam, adakah sebab terlalu penat kejar bola satu court dari awal game, atau terkejut pasal satu kejadian ni. jeng jeng jeng. 

tapi sejujurnya, lepas je lawan denga team semalam, aku rasa release gila. cuak untuk lawan team lain still ada, tapi team semalam tu bagi big pressure pada diri aku. tak tau lah pada team members yang lain. mungkin sebab kejadian yang berlaku semester lepas yang buat aku rasa macam pressure habis. time tu, tekanan bukan main hebat. dengan fitnah yang tersampaikan, aku nak kata apa lagi. kalau bersuara salah. last-last, aku ambik langkah mudah. diam. semoga setiap yang tersampaikan akan hadiahkan pahala untuk aku dan lain-lain yang terlibat. time tu jugak, aku bukan saje pressure atas diri sendiri, tapi kat kawan-kawan jugak. tak pasal-pasal dorang yang tak bersalah pun terkena sama tempias aku gara-gara berkawan dengan aku. ishh. tiba-tiba sedih. :'(
tapi tu lah, lama-lama orang boleh menilai sendiri. lepas semalam, kalau dorang still ingat lagi apa yang berlaku dulu, dan berfikir sama, mungkin dorang yang melihat boleh nilai sendiri. kan?

dah la, nak rehat. banyak nak post sebenarnya. tapi keadaan tak begitu mengizinkan. errr.

saya hepi team saya menang semalam. yey! *tiba-tiba*



pssst : harap-harap hari ni akan jadi lebih baik dari hari semalam.. :')




Tiada ulasan: