Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 5 Januari 2011

blog review oleh Riwayat Hariku.

first time join blog review ni. teruja dia rasa lain macam sikit. macam teruja bila terserempak dengan orang yang kita admire. ehhhh. jeng jeng jeng.

setelah berdebar-sebar dari hari ke hari menunggu giliran. akhirnya sampai jugak turn aku. best-best.

antara komen yang telah diberikan untuk belog yang ________ ini, (sila isi tempat kosong :P. hanya menerima pujian. haha);

1. Blog yang menarik dari segi entry. Sop suka dengan entry yang menggunakan ayat dan penceritaan sendiri. Berdasarkan SEO, originality adalah sangat penting. Namun begitu, tajuk-tajuk yang digunakan perlu mesra SEO. Maksudnya? Jangan terlalu ringkas dan kurang makna. Sebaiknya cuba guna ayat-ayat/keyword yang mungkin orang cari. Contoh tajuk: Perlu berusaha untuk berjaya. Boleh dipertingkatkan kepada " Tips berusaha untuk berjaya/ Bagaimana untuk berjaya/ kenapa perlu berusaha untuk berjaya?"


tang SEO ni memang aku tak pernah faham pun sebenarnya. well, orang yang memang tak tau pasal gajet, dan yang berkaitan dengan tu semua memang fail dalam bab-bab macam nih. tapi, tu lah. sebenarnya memang ada niat nak belajar, tapi bilamana malas pun lagi menang dari rajin, kaedahnya niat hanya tinggal niat lah. konon macam mengharap yang esok pagi bangun-bangun bukak lappy dah terer secara otometik. pehhh. 


2. Pemilihan template yang sesuai. Warna yang ceria dan selesa untuk dilawati. Beberapa widget yang dapat membantu meningkatkan page view mungkin boleh dimasukkan seperti related post, shoutbox, link exchange, dan lain-lain. 


ini pun sama. sama dengan alasan di atas. (see, punya lah the pemalas sampai taknak carik alasan lain. haha.) hendak seribu daya, taknak seribu alasan. 




berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Riwayat Hariku sebab sudi review belog ni. :')
dan terima kasih atas segala komen yag telah diberikan. insyaAllah, saya akan praktikkan dan perbaiki mana-mana yang perlu. segala-mala tunjuk ajar sangatlah diharapkan. terima kasih, terima kasih, terima kasih. :')




boleh tengok sini untuk tengok sepenuhnya. 




pssst : tekan sini jugak kot-kot berminat nak beli contact lensssss! 

4 ulasan:

kumbang jingga berkata...

header blog awak sangat menarik...cuma kalau boleh biar ada link within ke.popular post ke.baru orang akan berada lebih lama di blog awak..hehe..

nasihat dari blogger baru gak kihkihkihkih..peace

MiZi berkata...

jap... nama anda ni fatini ker fatin.. sebab url tu macam fatini jaaa

http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/mizi-nak-kabo-ni.html

FatinSyahirah berkata...

kumbang jingga : ok ok. tapi macam mana nak buat link within tu ye?? try godek-godek tadi, tapi tak jumpa punn..
:(

gnesop.com berkata...

maaf, baru terjumpa entry ini mengenai entry balas blog review..:)
huhuh..
thx