Rabu, 19 Januari 2011

bila masuk toilet

tinggal kat asrama adakalanya best. mungkin best sebab ada ramai kawan. dan mungkin jugak sebab kita pun boleh belajar hidup sendiri. manage hidup sendiri. bangun tidur lambat pun tak apa, tak perlu dengar bebelan padu, atau mana-mana stesen radio ibu.fm. ehhh.
tapi tak best jugak. nak-nak bila tak ada masalah air, masalah elektrik, masalah bosan asyik terperap, masalah taktau nak buat apa, masalah keluar nak pergi library tapi tak ternampak ehemehem. errrr.

tapi serius sekarang rasa macam tak sabar gila nak balik.
1. sebab birthday kali ni kat rumah. dah lama gilaa okkk birthday bukan kat rumah. memanglah tak ada nak celebrate beria macam waktu kecik-kecik dulu. tapi yang penting tu adalah feeling. ceh.

2. kat sini aku rasa macam dah lama gila tak mandi betul-betul. maksud aku, mandi dengan selesa tanpa bawak baldi dan gayong. tadah air dulu baru mandi. mandi pun tak boleh lama-lama. fine lah kan, aku pun bukan jenis yang mandi lamaaaa gilaaaa sampai orang kat luar ketuk-ketuk pintu banyak-banyak kali lalu bertanya, 'lama lagi ke?', tapi stillllll, nak jugak mandi lama-lama kadang-kadang. nak jugak mandi yang rasa memang betul-betul mandi.

dari form 1 tinggal kat asrama, sampai sekarang punnn still tinggal kat asrama. aku perasan satu fenomena ni yang memang setiap asrama yang aku singgah, kat toilet dia, aku perasan satu benda alah ni. tak tau la kalau kau ada perasan macam kes aku ke tak.

kesnya;

1. taik idung calit kat dinding.
aku tak tau kenapa orang suka calit taik idung kat dinding toilet. padahal kat dalam toilet tu dah sah-sah ada air segala. apa salahnya kalau kau basuh je tangan tu. tapi mungkin lah kalau waktu tu kau taknak tangan basah ke apa. ye, aku faham jeeeeee.

2. pad
setakat ni aku masih bernasib baik sebab belum terserempak dengan pad yang belum berbasuh, kalau nak compare dengan kawan-kawanaku yang pernah jumpa dengan roti-kering-yang-masih-berjem-strawberi. tapi itu lah, satu hari ni, aku jadi pelik bila mana plastik ngan kertas pelekat pad tu boleh ada dalam kotak flush. dan lagi pelik flush toilet tu memang bukan tandas duduk punya lah, tapi tandas cangkung punya. itu mungkin sebab kes dah malas sangat ataupun geli nak buang dalam tong pad ke apa, padahal just tekan dengan kaki je. darah kau jugak punnnnnnn.

3. saki baki taik.
masalah ni memang sukar dibendung lagi kot. nak-nak time tak ada air, lagiiiiii lah kau kena berhati-hati nak masuk toilet. which means, time nak tengok toilet tu, dah kena ready fizikal mental tahan napas segala. supaya nanti kalau kau tengok calitan coklat dekat toilet, still boleh dibendung segala rasa yang bakal hadir. tapi aku pernah terpelik lah, dulu time sekolah,aku pelik bila nampak taik kat atas lantai toilet. padahal time tu tak ada masalah air. air flow laju baik punyaaa kau nak mandi satu jam pun tak payah risau air slow ke apa. aku rasa sebab tu kot spm aku tak gempak cam orang lain, sebab selalu nampak najis yang boleh buat aku lupa ilmu yang dah belajar sikit-sikit. (pehhh. agak-agak alasan berguna tak??)


setakat ni aku tinggal kat asrama since sekolah dulu kala, 3 kes tu je lah yang aku selalu perasan. kes lain still pending kot. mungkin bakal perasan atau tak akan perasan langsung.

kalau dulu time sekolah-sekolah still boleh diterima akal lah kot kalau bab-bab tak berapa nak sesuci debu macam tu. tapi kalau sekarang, yang memang komfem-komfem masing-masing duk berdua berdating bersama, dah boleh jadik mak orang pun.

ada satu ni memang aku tak faham bila tong yang sepatutnya buang pad sahaja dah jadi tong sampah untuk buang segala sampah. hari tu aku nak buang pad pun tak lepas sebab tong tu dah penuh dengan kertas dan sisa makanan. jadahnye ada tong sampah hitam kat luar.

lagi satu aku tak faham bila tong sampah ada banyak dah, dah dekat dengan toilet dah pun, tapi plastik makanan beli dekat pasar malam boleh buang kat atas sinki macam tu jee.

dah lah.

ni, kau perasan apa kat toilet asrama kau?

3 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
singgah kenal blog anak dara nih
tak mandi betul pun nampak cantik je..?
la la la..

zulkbo berkata...

salam..
alahai mak we mana la
jenis calit taik hidung
di toilet tu..pengotor
benor..tak boleh buat
menantu nih..he he

FatinSyahirah berkata...

zulkbo : haha. kalau dah cantik tu, macam mana pun nampak cantik. ekekekekekke.
tang calit taik idung tu tak tua siapa yang terlibat. haha