Rabu, 19 Januari 2011

atuk awak meninggal ke?

dalam setiap minggu, hari selasa ari yang bolehlah aku nak kata letih sikit sebab kelas dari pagi sampai petang non-stop. kalau ada gap pun, 1 jam watktu lunch hour. mungkin jadi bertambah letih sebab kelas bukan dekat kampus yang sama. kena pergi ulang alik tempat lain jugak. rasa macam phewww tak sempat nak makan yaww. kiranya, boleh lah diet sikit waktu hari selasa. pheww.

dan hari selasa jugak hari yang bermula dengan kelas yang boleh menimbulkan rasa bersalah dalam jiwa. subjek yang boleh kata just mendengar-tapi-malas-nak-fikir-pun-perasan-boleh-score, ditambah lagi dengan pagi-pagi yang mengantuk, pendek kata tak fokus sangat lah. tapi serius semalam memang mengantuk.

tengah mengantuk, tiba-tiba ada call masuk. jiran dekat rumah call;

jiran : acik, dengar kata tokki meninggal. ye ke?
aku : haaaa????? bila? tak tau pun. ibu tak bagitau pun. (memang sah-sah la mengantuk hilang sekejap)
jiran : dah call ibu tadi. tapi tak dapat. bla bla bla. (waktu ni memang terkejut yang memang terkedu pun ada.)
aku : bla bla bla.

terus mintak keluar kelas call ibu. tapi alhamdulillah, tersilap berita. mungkin sama nama kot, tersilap orang.

tapi serius lepas je call yang ala-ala mengejutkan tu, mata terus macam O.0 , dan-dan time tu segar bugar. tapi sayang, kesegaran tu hanya sekejap, kaedahnya tak sampai 5 minit. ngantuk balik. zzz.

sekarang pun tengah ngantuk ni. (tiba-tiba rasa macam kuat tidur gilaaa)
nampak nya keluar dinner nanti kena cari air cap badak. demam lah pulakkkkk.


sabar, sakit penghapus dosa. :)


pssst : kepada yang tengah tunggu aku reply email ke. aku dah reply ye. cuba try check spambox korang. :)

Tiada ulasan: