Isnin, 24 Januari 2011

air oh air.

pagi-pagi dah mengundang kesabaran.
sabar tu memang besar aspek dia. tak kisah lah terpaksa tahan berak di kala tak ada air, itu pun dikira sabar dah. sabar yang memang ikhlas dari hati dan sabar yang tak rela lalu kau pun bermaki-makian dalam hati. itu pun dah dikira sabar asalkan tak mengundang tindakan agresif. yang penting, sabar tu sebahagian daripada iman.

ok, kita ambik contoh.
kau dah seminggu tak buang air besar. lepas tu, tiba-tiba ada satu masa ni, kau nak membuang sangat-sangat dah. tapi boleh la tahan sikit lagi. tapi tiba-tiba kau dah gembira dah ni yeahhh boleh nak tettt, dengan muka teruja kau pun pergi lah toilet. tup tup tak ada air. bengang tu tetap bengang, terus terbantut. lama-lama boleh jadik sembelit jugak kang. dalam hati kau kata, sabar.. sabar. (dalam hati, kau je yang tau macam mana)

kita ke contoh seterusnya pulak.
kau dah lama ushar sorang awek ni. awek cun muka ala-ala fatin syahirah. ehhh.
dah lama kau usha awek tu. tapi tak dapat-dapat. kau pun gandakan usaha, dan dalam hati kata sabar... sabar... (dah dasar laki gatal, kan. nak ayat awek punya pasal sanggup sabar. tapi itu mungkin sebelum dapat la. dah berjaya usha kang, terus perangai macam tetttt. errrrr.)


sebenarnya ringkas je, aku nak kata kat uni aku ni tak ada air. dari semalam sebelum tidur pun dah tak ada air. nasib baik tak ada rasa nak membuang air besar. ingatkan bangun pagi, ada lah air. even air pili bomba pun jadik lah. tapi aku tak rasa nasib menyebelahi hari ni. bangun pagi, air dah tak ada. air pili bomba pun tak ada. tak tau nak describe macam mana. kena lah sabar. tapi pagi ni bagus sikit lah. sebab tak ada nak maki-maki.

aku tak tau sama ada kelantan memang mempunyai masalah air, atau uni aku ni je yang ada masalah air yang dari awal sem ni memang macam tettttt.


pssst : contoh tak ada kaitan pun dengan apa yang disampaikan. hehh.

8 ulasan:

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

aiyaaa.. xde shoutbox ke?

http://gengblogger.com/v/336489

Khumaera Ismail berkata...

fatin, mase sis blaja kt machang dulu..memg slalu tade air..mlm2 kena tadah isi slm baldi..precaution kalau tibe2 na berak tade air..hihihi~

bact berkata...

ckp jela yg lu xmandi pagi..
kn senang crita..
kah kah kah


























.kambeng!!

FatinSyahirah berkata...

meuzangelo : hehe!

FatinSyahirah berkata...

kmumaera : tu lah pasal. tapi yang semalam ngan pagi ni tak ada air tak expected tau sebab weekend hari tu air laju jek. mungkin sebab tak ramai orang kot waktu weekend. ishh. lepas ni memang kena sentiasa berjaga-jaga kan. haishhh.

FatinSyahirah berkata...

bact : hoii. gua mandi okkk. gua tak macam luu... hahahahaha

hans berkata...

entah
memang ada masalah air la kut

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

FatinSyahirah berkata...

hans : hummm...