Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 19 Disember 2010

rindu.



rindu gilaaa sama ini budak.
walaupun banyak mulut macam orang tua. walaupun suka membebel entah pape yang aku tak faham..

walaupun suka tanya 'acik buat apa tu?' banyak-banyak kali sungguhpun aku tengah layan dia.

walaupun dia kedekut, conquer seat depan dalam kereta, orang lain tak boleh duduk bersama, even pakcik dia ke, abang kakak dia ke, nehi nehi. itu dia yang punya.

walaupun dia suka main make up make up dengan aku suka tepuk tepuk muka konon pakaikan bedak compact powder sampai pedih muka lalu disembur airliur ke wajahku tanpa diketahui motif apa dia sembur air liur kalau dikaitkan dalam make up.

walaupun kedekut semua barang orang barang dia.

walaupun aku kena layan dia lagi dan lagi bila dia suka kita layan dia lalu akan keep saying, 'lagi satu' sampai kau jemu tapi dia tak jemu jemu. (?) tapi kalau dia tak nak layan kita, dia akan cakap manja manja, 'dah eaaaa'.

walaupun kalau nangis, haruslah aku pun tak tau nak buat apa sebab sekali dia nangiss akan nak dengan mak dia je.


ok dah. nanti makin rindu.

lagi-lagi sekarang dia tengah demam campak. hari tu cakap telefon, mula-mula cakap, 'acik, adik sakit niii..'
ololololooo..


pssst : jangan disangka air yang tenang tiada buaya, muka yang baik, baik sifatnya. (eh, apa kaitan?) haha

2 ulasan:

yyunie berkata...

comel nyaa diaaa ;))

FatinSyahirah berkata...

yyunie : comel kan kan kan? macam titew. haha