Selasa, 14 Disember 2010

renew Mykad

konon-konon tak nak renew lagi sebab oh i'm still young young young.
tapi kalau memikirkan yang diri masih muda muda muda, sampai bila pun tak renew. jiwa muda tak apa. haha. dan juga, memikirkan poket kering lagi kontang, apatah pula poketku ini lagi nipis dari kertas a4. dapat bayangkan tak? tapi jangan lah bayangkan nampak poket gua tebal semacam bila terserempak, itu namanya tebal tisu dan tebal fabrik. kalau tegur jugak, itu dah perli namanya. :P

sekarang dah bulan 12, nak kena tunggu lagi 2 bulan baru cuti bila naik sem baru nanti. itupun cuti raya cina. jadi pada hemat aku, legi baik aku bangun awal hari ni, renew ic atau nanti aku tak sempat nak renew lalu kena bayar denda. apatah lagi birthday aku awal tahun.  terbayang lagi duit melayang secara percuma akibat didenda. nehi nehi. aku tak boleh benarkan hal tu berlaku. lebih baik aku bertindak cepat. lalu tadi aku pakai cantik-cantik bajet boleh photoshoot macam nak masuk majalah. *angan nak jadi model tak kesampaian punya pasal. T.T*
lagi satu, dulu aku fikir lagi baik lambatkan sikit renew myKad, tunggu cun sikit, baru buat baru. tapi bila fikir-fikir balik, adalah lebih baik aku buat sekarang sebab lagi lama tunggu, muka pun jadi semakin mengembang, sementara muka still kembang sikit ni, lebih baik aku renew sekarang.

sampai pejabat pendaftaran, nasib baik tak ramai orang, ambik nombor, duduk sekejap tak sempat bontot panas, terus dah kena panggil masuk bilik. abang hengsengggg wa cakap sama luuuu. terus rasa malu-malu menggeletar seluruh badan nak nak time dia tanya, 'no telefon berapa?'. aku dah bajet ishh aku ni hot sangat ke belum baca jampi serampah, tak sampai 5minit dah mintak no telefon. tapi simpan sahaja anganmu itu. abang tu nak rekod untuk myKad baru sebenarnya. *nangis*
lepas tu terus ambik gambar. time ni best. muka excited jangan cakap lah. baru nak feel macam model, tiba-tiba abang tu cakap, 'awak ni memang cantik lah'. ok tipu. abang tu cakap, 'tudung tu betulkan sikit ye'. haha. tiba-tiba rasa macam jakunss tapi takpe abang hengsenggg punya pasal. :P

ok, dipendekkan cerita, ini procedure yang akan anda lalui sepertimana saya lalui tadi untuk memperbaharui ic anda, iaitu sebelum 21 tahun.

1. ambil nombor giliran korang.

2. tunggu sampai giliran kena panggil.

3. dah panggil, cakap la nak renew ic. dia akan mintak no telefon. kalau ada tukar alamat, bagitau sekali time tu. tapi ada certain case, time korang nak ambik no giliran tu, staff yang jaga kat situ akan tanya dulu, 'adik manis, ada tuka alamat?'

4. time ni korang juga berkemungkinan sama kes dengan aku macam tadi sebab bajet renew ic hanya lah free, tapi tidak ya kawan-kawan. JANGAN LUPA sediakan rm10. tapi cuba try kenyit-kenyit mata sikit, kot-kot dapat free. errrr.

5. dan sekarang adalah masa yangditunggu-tunggu. gambar time!!! kepada yang bertudung, pakai lah tudung gelap macam hitam ke, blue black ke. kepada yang tak bertudung, kemaskan rambut anda biar nampak cantik bergaya. yang lelaki pula, smart kan diri anda. peace!

6. staff kaunter yang yang bertugas akan tanya, nak guna ic sementara atau ic lama? korang pilih lah. aku pilih untuk guna ic lama. senang sikit.

7. tunggu waktu sebulan, nanti ambik kad pengenalan baru anda dengan perasaan berkobar-kobar nak tengok gambar.

8. apa lagi? jangan buat bilik tu macam bilik sendiri pulak. balik lahhhh!  :P


*bukan gambar tadi* 

selamat membuat pembaharuan myKad!


pssst : korang pakai tudung style skarang pun xpe. nanti boleh la tunjuk kat cucu cicit, dorang cakap, fuyyyooo nenek/atuk aku stylooo! mintak-mintak abang tadi curi no tepon aku senyap-senyap. haha

pssst psst : fikir fikir fikir! 

16 ulasan:

Fay berkata...

ahhh x renew lagi! -_-"

sw33tdarling.com berkata...

ecehh... :)
gambar IC ler kalau boleh nak yang paling cunggg, sebab kalau kena tahan ngan abang polis, boleh senyum sambil kenyit2 mata

FatinSyahirah berkata...

fay: nanti renew lah. kang kena denda duit melayangggg.

FatinSyahirah berkata...

sw33tdarling : tu ah kan. haha. takpun kot-kot nanti bleh mntk ni tepon terus.

hans berkata...

aku entah tahun bila nak renew pun tak tau
biarlah IC tu nampak cam budak2
hahahaha

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

FatinSyahirah berkata...

hans : haha. bagus jugak tu. bleh buat kenangan. aku nye xbleh nak wat kenangan ic muk budak2 sbb dah penah hilang, buat baru masa form berapa ntah. haha

hans berkata...

hahahahaha
tapi kalau tukar pun dia amik balik IC lama
xleh simpan juga

FatinSyahirah berkata...

hans : sebab tu sebelum hantar ic lama, kena scan, save siap2. haha

anna berkata...

aku buat time cuti dua bulan nanti ahh..hohohoho..

FatinSyahirah berkata...

anna : xpe la. bday ko lame lagiii. aku nihh.

armie::parc::udinc berkata...

dah renew taun lepas...tak sanggup nak gune ic darjah 6 lame2 ;p

entry baru : Jangan Cari Yg Macam Tu, Carilah Yg Macam Ni

FatinSyahirah berkata...

armie : tu lah. ada yang sayang na tinggalkan ic lama, ada yang tak sabar.

syAzAnA berkata...

ouchh. xrenew lagi. dem.

princeduyong berkata...

hehe....nak renew gak ni...

FatinSyahirah berkata...

syazana : renew cepat sebelum 21. :)

FatinSyahirah berkata...

princeduyong : bagus bagus. jangan lupe bawak rm10. kang gabara macam aku nanti. haha