Sabtu, 4 Disember 2010

ohh~

bilamana dah lama tak naik bas untuk perjalanan jauh, sekali naik memang cuak. itu belum masuk bab banyak kemalangan yang melibatkan bas-bas ni semua. cuak dia memang lain macam yang semacam okk. sebab tu gua mintak sorry dulu lah bas-bas yang menawarkan khidmat perjalanan pada waktu malam sahaja. lagiii lah aku cuak luar biasa nak naik. tapi apakan daya, fikir-fikir balik, cuak tak cuak, kalau dah ajal memang macam tu, kau naik kereta ke, kapal terbang ke, kapal laut ke, kapal darat ke, kalau ajal memang dah ditentukan macam, kau lari macam mana pun, akan tetap jadik jugak.
jadi, kalau kau nak ikutkan perasaan cuak tu, memang tak jalan. memang tak ke mana lah kan. cuma apa yang termampu tu, bertawakal je lah, mintak-mintak perjalanan selamat sampai. tak ada apa yang tak teringini akan berlaku. insyaAllah tak ada pape. tapi aku ni jenis pelik sikit, kang time duduk dalam tu aku dah mengucap siap-siap, takut kalau tiba-tiba jadi apa-apa yang teringini, at least dah mengucap. memang ntah pape. ya, saya tau. tapi apa daya saya.
satu je pasal aku yang dah jarang nak naik bas jalan jauh ni, aku cepat mabuk bas. naik sekejap, dah pening. lepas tu mula lah rasa nak muntah terus feeling feeling oh dah ada rezeki dalam perutkah? (kepala hots kau fatin.) mungkin sebab setiap kali cuti pergi balik pun ayah hantar dan ambik. chance nak naik bas jalan jauh lebih dari 50km tu kurang lah sikit. terus rasa macam oh ai tak biasa naik bas.

sudah lah, pendekkan sahaja cerita, selepas naik bas dari rumah, aku dah sampai subang pun semalam. berukband celcom pulak macam @##$%^^&*** memang menguji kesabaran. rasa macam nak bagi kucing makan pun ada, tapi fikir-fikir balik kang kucing mengalami complication pulak macam mana?


psstt : ada ke siapa-siapa nak bawak aku pergi jalan-jalan? jom jom!

6 ulasan:

dancing queen♥ berkata...

haha buleh bawak jalan2, tp tunggu la bulan 1 :D

Farihah Ahmad berkata...

rindu nak nek bus....

eiela berkata...

saya plak peliknya mabuk jalan bila naik kereta especially tima lalu kg je, highway takde pun.

Latest Entri :
Salam Maal Hijrah 1432H

FatinSyahirah berkata...

dancing queen : ala.. kalau tak dah bleh jumpa sis. :(

FatinSyahirah berkata...

farihah ahmad : tu lah kan. bila dah lama tak naik bas. nampak bas jadi rindu nak naik bas kan?

FatinSyahirah berkata...

eiela : saya pun ada jugak macam tu. nak-nak bila dah ada lesen ni. tak boleh orang bawak kereta macam ntah pape sangat sebab nanti cepat pening.

tak pening sangat at highway sebab biasanya jalan dia straight je kot.