Ahad, 26 Disember 2010

ms. genius.

soalan pertama,
macam mana heh nak tukar nama yang dekat yahoomail tu?
tiap kali hantar email je, aku mesti nak fikir 2,3 kali macam seperti adakah si penerima akan tertanya-tanya siapakah gerangan yang bajet perasan geniusss la sangatttt ini?. orang genius pun tak mengaku geniusss kot.

contoh macam ni. 
kak intan, pinjam kejap. ;P


ok fine. tiba-tiba sentap dengan kenyataan sendiri.

ater, email ni salahsilah dia bermula since aku darjah 6 tak silap.
waktu tu semua nak ayat pandai-pandai. budak skemaa kata. nak dapat 5A tapi malas belajar, upsr still boleh tiru. dan mungkin sebab tiru orang sebelah, aku still ingat sampai pernah kantoi dengan pengawas tapi pengawas boleh pulak buat tak nampak, hilang nervous. tapi trima kasih orang sebelah, Fatin Nabila sebab bagi kerjasama yang sungguh memberangsangkan. pehh. skema ke?
tapi bab-bab tiru tu, tak boleh la jugak nak salahkan aku sebab ada cikgu aku pernah cakap sebelum upsr berlangsung,, 'nanti korang yang perform tu tolong lah sikit kawan-kawan.'
lalu aku rasa aku patut ditolong sebab aku lah antara orang yang tak perform itewwww tapi duduk kelas pertama. (ceh, nak cakap jugak. tak nak rasa loser sangat punya pasal.) tapi waktu upsr je lah aku rasa aku berani meniru sebab bila time pmr ngan spm je terus jadi skema takut nak toleh kanan kiri. itu pasal la kot time form 4 aku dapat anugerah budak skema yang di-vote oleh budak-budak kelas sendiri. hoii, aku skema sangat ke hoii??? tiba-tiba rasa macamm tak boleh nak terima kenyataan.

apa dah yang aku melalut nih. kita balik kepada kes email tadi.
time darjah 6 tu la aku baru nak kenal internet ni. tu pun time tu aku just buat je. tapi tak guna sebab tak reti dan tak tau nak email siapa. aku nak spam orang kata dorang menanng loteri kangg, aku plak tak ada email dorang. jadi kepam macam tu je lah email tu. just buat syarat as asal ada cukup lah. dan sebab nak jadi pandai punya pasal, terus letak je nama genius, lalu kalau kau terima email dari aku tak payah lah nak buat-buat blurr atau nak tergelak siapa ni kesian nak rasa genius sangat? haha
orang kata setiap perkataan tu doa, sebab tu letak nama genius tu sebab harap-harap esok bangun tidur boleh jadi genius. tapi sayangnya mimpi tinggal mimpi, angan menjadi kosong. takde de nak pandai kalau tak belajar. yang reti cuma tengok tv, makan, tengok tv, main-main makan tido. mana tak gemukkk.

ok, kita berbalik kepada soalan tadi,
macam mana eh nak tukar nama dekat email tu?
sebab sekarang ni aku rasa nak guna nama sendiri sebab nama aku sedap dan maksud nama pun mantap.
nak tau apa maksud nama? malu lewww. :P

psst:

harap misi untuk terus mantain pergi gym sem ni berhasil.
tapi ni baru dua kali pergi gym, badan rasa macam dah dua tahun penat bekerja. 
ishhhh. 

4 ulasan:

Naisophon X berkata...

Kenapa cik Genius nak tukar nama ke? Tak payah la kot... :P

Naisophon X berkata...

Cuba gi kat option (atas kanan) godek kat situ

FatinSyahirah berkata...

naisophon x : haha. tetibe rase nak guna official name.
dah try dah. tapi x dapat. huhu

Naisophon X berkata...

Kat atas kiri, ada MY ACCOUNT. Klik situ, ada ruang profil infomaton. Situ lah tempat edit.