Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 19 Disember 2010

jangan.

jangan dikenang masa lalu,
andai ia membuat hati bertambah derita.

jangan dikenang masa lalu,
andai kau semakin tidak keruan.

jangan dikenang masa lalu,
yang buat kau terus berdiri di takuk lama,
tidak berganjak untuk mencapai kebahagiaan,
mendapatkan kebaikan untuk dirimu, hatimu.

jangan dikenang masa lalu,
andai buatkan hatimu menangis lagi.

tapi kenanglah masa lalu, bukan selalu,
agar kau lebih berjaga-jaga.
agar kau lebih memerhati,
agar kau lebih menjaga hatimu sendiri,
supaya hal yang lama itu tidak lagi berulang,
agar kejayaan dan kebahagiaan dan kejayaan yang kau ingin miliki itu,
dalam genggaman.

insyaAllah, Allah ada. sentiasa dekat.
mohonlah pertolongan dariNya,
berdoalah padaNya,
menangislah padaNya,
kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Memberi.

:)


pssst : setiap yang berlaku itu kadang-kadang tiada duganya, menghentam diri hingga jatuh tersungkur. tapi bangkitlah, kerana tanpa kau merasa sakitnya jatuh itu, kau tidak akan merasa manisnya berdiri. manisnya nikmat yang kau rasakan itu. :)

2 ulasan:

James Buns berkata...

nice one.

FatinSyahirah berkata...

james buns : trima kasih. huhu :)