Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 28 Disember 2010

Ich bin nitch verheiratel. sie?

pehh. bila letak tajuk german ni tiba-tiba rasa tengah mengalami musim winter, lepas tu mengadap heater dalam rumah (yang bakar api dalam petak tu. ke apa nama dia eh? sebab kat  german nama dia lain. kang aku cakap, korang tak faham kanggg. :P ) sambil duduk atas kerusi malas menghirup air panas dan membaca buku. (nak baca buku aje. well, ai ulat buku bukan ulat bulu yang suka merenyam tu. *tiba-tiba*)

sem ni kena hafal banyak sikit, telinga pun kena bukak luas-luas sikit kasi sebab sem ni dah start belajar subjek bahasa asing. hajat di hati mula-mula nak ambik bahasa jepun. nanti pergi mana-mana boleh jalan laju-laju lepas tu jumpa orang je tunduk cakap hait! hait! lepas tu boleh bajet orang jepun. tapi nak buat macam mana, ramai sangat peminat jepun, sampai time aku nak register untuk subjek tu, kelas dah penuh. (ke aku yang lambat sebenarnya?) tapi takpe, google ada, website nak belajar jepun pun ada. (sedapkan hati sendiri itu perlu walaupun tak tau azam nak belajar jepun sendiri tu menjadi atau tak. itu belakang kira senang kata.)
tapi tak kisahlah, bahasa german pun, bahasa german lah. sebab world cup hari tu german menang, jadi harapnya lepas ni harap german menang lagi. german boleh! *ohh*

pssst : siapa-siapa nak belajar bahasa german boleh contact aku. harga boleh runding. haha. tiba-tiba rasa macam dah lama tak balik german. (ada ke yang nak lempang ai?)

pssst pssst : korang klik lah sini. boleh pilih contact lens warna apa. rm47 termasuk pos. beli 2 pasang, rm90.

4 ulasan:

dancing queen♥ berkata...

haha tokey c/lens ckp bahasa german dengan pelanggan mmg kene blasah lah. HAHA cewahh jual c/lens sudaaa! yg bigger eye ke x ni? selalu kalo beli c/lens mesti kalo xpengsan, tumbang terus. HAHA mahaii.. apamacam murah nehh? *eksiteddd*

FatinSyahirah berkata...

dancing queen : kalau pekai lns kaler, x big pun nmpk ala-ala big sebab mata menyerlah macam wahhh! cantiknya mataaaa. haha
sis, murah sebab xnak kasi sis pengsan/tumbang lah ni. :P

dancing queen♥ berkata...

Haha ni bukan yg bigger eye la eh? tak, mmg dah selesa ngan yg bigger eye, tu yg tanye. sebab selalu beli rm70 per month. gila kentang kalo jd 49 mmg terus rembat la. hihi selamat berbisness!

FatinSyahirah berkata...

tak. yang ni biasa2 je. tapi freshkon punya ada kot. nnti cinfirmkan balik. :)