Ahad, 26 Disember 2010

bila malaysia bertemu indonesia.

kalau diikutkan, aku memanggg tak tau pasal bola,tak minat bola, kenapa orang minat sangat tengok bola sepak sampai sanggup berjaga tengah-tengah malam semata-mata sebab bola sepak punnn aku tak faham. boleh kira berapa kali je aku tengok match bola betul-betul; time terengganu lawan ape entah dulu yang sampai terengganu jadi juara dulu kala, hari ni ngan bila entah. see, punya lah memang aku tak berminat nak tengok. bukan tak ada semangat sukan sokong negara, tapi sebab tak faham.

tapi tadi, farah dengan anna tiba-tiba nak tengok bola time pergi makan. aku yang memang dilanda kebosanan join aje lah. tiba-tiba rasa memang berminat pulak nak tengok bola. lagi-lagi bila tengok ramai-ramai, memang bersemangat lah. tambah lagi, bila sorak ramai-ramai. pehh, nikmat. sebab malaysia menang, rasa tak sia-sia makan dua kali. kali pertama, makan as in memang makan makanan berat (dinner) sebab kat kedai tu makanan murah tapi tv tak best. screen tak clear. kedai kedua, anggap je lah supper punya meal sebab kat situ mahal sikit, cuma mampu makan fries ngan nugget share 3 orang semata-mata singgah nak tengok bola sebab screen better than kedai tadi. dan selesa juga. (kedai makanan mahal kataaa)

keputusan bola suzuki cup tadi;
malaysia  - 3
indonesia - 0

komen aku;
1. apa hal la penyokong malaysia nak malukan malaysia nak laser-laser lepas tu ada asap plak kat tengah padang. tak pasal-pasal indon jadikan alasan laser mata goal keeper dorang tu penyebab dorang kalah... lagi satu, ikut peraturan lah sikit. kang kalau kat indon nanti dorang pun buat hal yang sama, korag jugak yang bising. errr.
2. aku sukaa gol malaysia yang kedua ngan ketiga. nampak smart! caya lah abang safee! (tiba-tiba)
3. no komen.
4. tiba-tiba rasa dah ada minat nak tengok bola lagi lepas ni. errr.

apa-apa pun, caya lah malaysia. superb!!

4 ulasan:

fathiah berkata...

yeah.. MALAYSIA BOLEH!!!! :)

FatinSyahirah berkata...

fathiah : hidup malaysia!! :)

Qa berkata...

hidup "abang" safee kite!!! hihihi

FatinSyahirah berkata...

qa : hiduppp!! mintak-mintak malam ni abg safee golkan 5 gol berturut-turut. fuh kanan fuh kiri. :P