Rabu, 22 Disember 2010

beristikharah tak semestinya bermimpi.

ramai yang menganggap tiap kali nak cari jodoh je, baru kena buat istikharah. tidak pun, waktu exam besarr dan penting baru nak buat istikharah. tapi sebenarnya konsep istikharah ni luas. sebab kita nak mintak petunjuk dari Allah, kita tanya Allah, dan kita tunggu Allah jawab. tak kisah lah mana-mana, apa tujuannya pun, tapi yang penting, kebanyakan kita tunggu mimpi malam tu jugak. sebab apa? sebab mind set kita, tiap kali lepas buat solat sunat istikharah je, akan dapat mimpi. ok, fine. mungkin ada antara korang tak, tapi aku macam tu lah dulu. sampai tido malam pun tak lena. sebab cuak apa keputusan dalam mimpi malam tu. sekali, dua kali buat istikharah, tak mimpi mimpi. tidur malam pun tak lena. mata terkedip kedip sebab nak tidur, tapi tak boleh. paksa mata pejam, tapi tak lelap. paksa lagi, tapi fikiran melayang fikirkan tentang mimpi yang bakal menjelma. sudahnya, tak ada petanda. tapi waktu tu, aku betul-betul nak mintak jawapan dari Allah.

kebetulan dalam tempoh tu, waktu rancangan semanis kurma, aku ada terdengar ustazah tu cakap (dengar je sebab time tu ibu yang tengok, aku layan online. :P)istikharah ni tak semestinya mimpi. tapi kadang-kadang kita akan dapat petunjuk melalui ketenangan, dan macam-macam lagi. lebih kurang macam tu la.
kemudian, lepas daripada tu, dan atas sebab ak pun memang nak tau sangat jawapan dari Allah, then aku try lagi. dan lepas tu, aku tak mengharapkan mimpi. sebab kadang-kadang, mimpi yang terlahir tu dipengaruhi oleh perasaan. setiap kali berdoa, tanya Allah. cuak jugak nak tunggu jawapan.

lama-lama, jadi malas nak buat istikharah. lagipun waktu tu hidup macam dipengaruhi oleh fikiran dan pengetahuan sendiri. padahal Allah lebih tahu. sebab, Allah Maha Mengetahui. :)
tapi tu lah. aku still manusia biasa yang sering lalai, daripada rajin istikharah, lama-lama doa je lepas solat. lebih baik ada dari tak ada. kata sendiri.

lama-lama, bilamana saat permintaan aku tu pun aku terlupa, jawapan tiba-tiba muncul. muncul dalam keadaan aku sendiri tak perasan pada mulanya. tapi lama-lama, dah dapat dua tiga lebihhhh petunjuk yang terbentang, aku baru perasan. terima kasih, Allah, atas jawapan yang telah Kau berikan. :')

dan syukur, aku rasa tenang daripada persoalan yang lama dulu. :')

dan ada cebisan yang aku ambik di sini,

Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).


psst : tak boleh tidoo. homesick.. :'(

psst pssst : kalau ada pape yang salah, tolong tegur ya. aku cetek ilmu, dan ini apa yang aku alami sendiri.
tapi tentang kisah apa tu, let it remain secret lah. ;p

6 ulasan:

Kuasai minda berkata...

Kekadang, mimpi pun dipengaruhi oleh minda. Bila terlalu kuat kita memikirkan sesuatu, kita akan sering bermimpikan perkara tersebut...contohnya masa kecil2 dulu bila tengok cerita hantu, malam tu mesti mimpi hantu. Ini tandanya mimpi boleh dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan...

Bagiku, petunjuk dan ilham yang datang daripada ALLAH lebih jelas daripada mimpi, sebab aku sendiri pernah laluinya...

NUNU EERA berkata...

insyaAllah.. istikharah memudahkn kite..

sw33tdarling.com berkata...

bagus entry ni.. sangat membimbing...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

FatinSyahirah berkata...

kuasai minda : hihi. :)

FatinSyahirah berkata...

nunu eera : mohon petunjuk dariNya.. :)

FatinSyahirah berkata...

sweetdarling.com : hehe. pngalaman sndiri je.. :)